Rabecca enggan terima duit 5 sen bayaran saman Erma Fatima

“Apa maksudnya itu apabila dia (Erma Fatima) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?,” ujar Rabecca Nur Al Islam kepada mStar Online.


Pelakon, Rabecca Nur AL-Islam akui telah dinasihati oleh peguamnya untuk menolak wang tuntutan yang dibayar oleh pengarah, Erma Fatima iaitu sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen dan sekotak hadiah yang dipercayai mengandungi al-Quran.

Rabecca berkata penguamnya, Nordin yang menerima wang itu di pejabatnya telah menyuruh pihak Erma Fatima mengambil kembali wang dan hadiah berkenaan kerana tidak dapat menerimanya atas sebab undang-undang.

“Peguam saya terima wang dan sebuah kotak yang saya percayai mempunyai al-Quran pada jam 4 petang semalam, namun dia terpaksa menolaknya atas sebab undang-undang. Menurutnya, wang syiling hanya boleh dibayar tidak lebih daripada RM30 dan selebihnya dalam bentuk wang kertas atau cek. Selain itu, hadiah dan al-Quran yang diberikan juga tidak termasuk dalam syarat tuntutan bayaran, jadi saya tidak boleh sewenang-wenangnya menerima pemberian itu dan ianya salah dari segi undang-undang,” kata Rabecca Nur AL-Islam kepada Murai ketika dihubungi.

Rabecca enggan terima duit 5 sen bayaran saman Erma Fatima, rabecca saman erma fatima

Rabecca juga turut mendedahkan Erma Fatima telah menulis sesuatu di kulit belakang al-Quran dan mendakwa tindakkan pengarah itu seperti mahu mempersendakan al-Quran.

“Saya bukan sahaja terima al-Quran yang biasa tetapi ianya telah ditulis dengan ayat-ayat seolah-olah tidak berpuas hati dengan saya. Antaranya dia menulis jika duit ini ditentukan Tuhan bukan untuk saya, maka haram lah ia. Saya rasa tindakannya itu seolah-olah telah mempersendakan al-Quran itu sendiri. Jika betul dia mahu menghadiahkannya kepada saya, kenapa tidak berikan sahaja begitu,” cerita Rabecca Nur AL-Islam lagi.

Menurut Rebecca lagi, dia tidak memahami apa tujuan Erma Fatima berbuat begitu dan menganggap pemberiannya adalah tidak ikhlas.

“Sebenarnya saya tak faham apa yang cuba dilakukan Erma Fatima. Tindakannya itu saya boleh sifatkan agak bodoh kerana bersusah payah menyediakan wang dalam bentuk begitu. Dia seolah-olah masih tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah. Malah nampak seperti cuba meraih publisiti apabila bergambar dengan wang 5 sen di Instagram sebelum menyerahkan kepada saya.”- Rabecca Nur AL-Islam

Rabecca memfailkan saman kepada Erma Fatima pada 23 Julai 2013. Pada 8 November lalu, Rabecca berjaya memenangi kes tuntutan terhadap Erma Fatima apabila mahkamah mengarahkan Erma mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca menerusi drama 'Dejavu Di Kinabalu' sebanyak RM11,200 termasuk lima peratus faedah daripada bayaran selain membayar kos guaman kepadanya.

Sumber: Murai & Rotikaya

*Isu saman menyaman artis. Meleret-leret. Moga hubungan kedua-dua pihak antara Rabecca Nur AL-Islam dan Erma Fatima bakal pulih dan bersatu kembali. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka.

14 comments

alahaiii... jadi makin pjg citer la pulak.. kan elok byr betul2.. x psl2 jadi kes saman lain pulak ... ish.. bilanya nak habis kalo gini..

semoga cepat2lah mereka berbaik semula...

lol amik je lah.. apple sue samsung, samsung kasi duit sen pon apple amik..

pelik2 na orang knek tk. suka ngembak pnjg cerita. mun kita nak,mun rasa malas mok pnjgkn cerita,tg bayar jak jurus2 nak? hrmm..susah mk madah..

Inilah artis...semua kisah hanya buat sempadan.

macam macam la dorang ni. kita doa yang baik baik aje

mcm2 la sekrg ni..kita pun tak thu la kan mne benar mana salah

macam2 hal juga ye kak, tak tahu laa apa nak jadi..

kecoh sgt..xblh bla xnk amik al quran.al quran kn panduan hidup so si rebecca ni kristian ke smpi xnk amik al quran..apelaa

dah diberi enggan terima plak..adehhh..

Alaaa... terima saje laa... panjang pulak cerita nya. lagi pun mana ada orang bayar saman ikhlas. kalau guna duit kertas baru diistighar ikhlas?

bikin panas jer Erma nie ....siap bagi syiling bagai....masing-masing menegakkan benang yang basah....

dunia artis... hurmmm mcm2.. tapi rabecca pn satu.. haish!


EmoticonEmoticon