Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Sinopsis Bukan Kerana Aku Tak Cinta
“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”
“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”
“Mastura!!!!!!!”

JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.

Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas.

Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.

“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”

Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah  bekas ketua kumpulan gengster!

Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.


gambar Novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta, drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta, sinopsis Bukan Kerana Aku Tak Cinta
Novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Harga novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta
Semenanjung : RM24
Sabah/Sarawak : RM27


Pelakon Bukan Kerana Aku Tak Cinta
Sharnaaz Ahmad - Jebat
Nelydia Senrose - Mastura
Lisdawati - Hannah Maryam
Uwais Uqashah - Alex Yanz

OST Bukan Kerana Aku Tak Cinta
Tajuk lagu: Salahkah
Penyanyi: Hafiz & Dato’ Rossa


Lirik lagu Salahkah
Penyanyi: Hafiz & Dato’ Rossa
salahkah ku bila
mencintamu sepenuh hati
sedangku tahu pasti
keluarga tak merestui

biarkan dunia berputar
seiring waktu berjalan
sampai saat nanti tiba
waktu merestui cinta yang terlarang untuk kita berdua

dari jauh ku berlari
mengejar mimpi-mimpi
berat rasanya ku dapatkan semua

dari situ ku sedari
mungkinkah saat nanti
cinta kita berdua bisa ku miliki

salahkahku bila mencintaimu
mencinta sepenuh hati

biarkan dunia berputar
seiring waktu berjalan
sampai saat nanti tiba
waktu merestui cinta yang terlarang untuk kita berdua

dari jauh ku berlari
mengejar mimpi-mimpi
berat rasanya ku dapatkan semua

dari situ ku sedari
mungkinkah saat nanti
cinta kita berdua bisa ku miliki

salahkah salahkah
salahkah salahkah
salahkah salahkah
salahkah salahkah ku...

dari jauh ku berlari
mengejar mimpi-mimpi
berat rasanya ku dapatkan semua

dari situ ku sedari
mungkinkah saat nanti
cinta kita berdua bisa ku miliki

Saksikan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta
Drama bersiri 60 episod
Tarikh ditayangkan: 9 Disember 2013
Saluran: 131 Astro Mustika HD

7 comments

wahh da xlame lg laa cite ni..sume adaptasi dr novel

Woww !! mcam best je , macam best je .. ehehe !! ni nak tengok ni ..

tgk tajuk teringat lagu saleem bukan aku tak cinta.. yumida penah dgr? hihi.. komen lari tajuk kan.. haha

macam best jek

boleh tahan sedap!!!!!!!!!!!


EmoticonEmoticon