Tatkala Cuti Hari Buruh di sambut seluruh pekerja Malaysia, namun mereka ini tetap menjalankan tugas2 mereka seperti biasa. Tiada makna dlm kamus mereka cuti di hujung minggu. Tugas tetap tugas. Merekalah golongan SURI RUMAH yg byk berkorban dlm keluarga mereka.
Petikan dari Berita Harian: BUKAN SENANG JADI SURI RUMAH
Tugas suri rumah bukan setakat melayan suami dan melahirkan
zuriat, tetapi amanah yang dipikul amat berat kerana ia membabitkan usaha
melahirkan generasi pewaris negara.
Kerja di rumah
tiada pengkhususan seperti dibuat oleh mereka yang bekerja secara formal di
pejabat. Malah ada suri rumah bekerja mengatakan, masa rehat sebenar ialah
ketika berada di pejabat.
Apa tidaknya, celik
je mata tanda bermulalah kerja suri rumah dan hanya akan berakhir ketika masuk
tidur.
Malah sebelum
tidur, seseorang suri rumah sudah merancang apa yang hendak dibuat keesokannya.
Perkara pertama yang difikirkan ialah menyediakan sarapan untuk anak dan suami
supaya ceria sebelum memulakan tugas masing-masing, kemudian mengemas rumah,
membasuh pakaian, ke pasar membeli keperluan untuk sajian tengah hari.
Waktu senggang
bergantung kepada keadaan anak. Kalau anak masih kecil memang tak menang tangan
menyediakan keperluan mereka. Itu belum lagi berdepan masalah kesihatan
keluarga. Anak yang sakit biasanya lebih memerlukan pemerhatian ibu berbanding
bapa.
Nah! Payah nya kan
menjadi SURI RUMAH..
Menjadi seorang ibu, isteri
& suri rumah memang banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Namun setiap
pengorbanan pastinya ada ganjaran yang diberi. Berikut ganjaran pengorbanan isteri
& ibu sebagai renungan bersama, semua ini adalah ganjaran oleh Allah s.w.t
bagi yang ikhlas melaksanakannya dengan hati terbuka.
* PAHALA WANITA MENGANDUNG
* PAHALA WANITA BERSALIN
* KELEBIHAN MELAHIRKAN ANAK
* KELEBIHAN MEYUSUKAN ANAK
* PAHALA MEMELIHARA ANAK
* GANJARAN MENOLONG SUAMI
* GANJARAN WANITA SOLEHAH
* KELEBIHAN SEORANG IBU
******************************************************************
Lakukan tanggungjawab kita sebagai seorang isteri, ibu or suri rumah
dgn sebaiknya & ikhlas kerana Allah s.w.t. Mudah-mudahan hidup kita sentiasa dirahmati olehNya.


.png)





