Penyingkiran Muna AF 2014 menimbulkan kontroversi!

Siapa yang tengok Konsert Akademi Fantasia AF 2014 Minggu 4, pasti dah tahu. Muna peserta AF 2014 yang memberikan persembahan terbaik telah disingkirkan. Mengapa Muna disingkirkan? Apa punca Muna gagal untuk mara ke Konsert AF 2014 minggu 5? Jawapannya hanya satu, kerana tidak mendapat undian tinggi.

Penyingkiran Muna AF 2014 menimbulkan kontroversi, Muna tersingkir Konsert AF 2014 minggu 4, punca Muna tersingkir, undian rendah sebab Muna tersingkir, sistem undian penonton, nuha dan ewal tersingkir Akademi Fantasia 2014

Muna di Konsert AF 2014 minggu 4 telah menyampaikan lagu Kekal, nyanyian asal Ziana Zain. Juri memberi komen positif pada nyanyian Muna. Malah bagi aku persembahan Muna antara yang terbaik malam itu. Tapi biasa la, dah adat undian. Kalau tak dapat undian tinggi, maka tersingkirlah peserta itu tanpa banyak bicara. Program realiti ni, kita kena ada banyak penyokong. Penyokong yang sanggup membelanjakan kredit untuk vote.

Kalau kita perhatikan program realiti tv ni, semuanya mesti nak raih undi. Hanya undian penonton menentukan sama ada peserta itu layak atau tidak untuk mara ke peringkat seterusnya. Even peserta tu punya bakat besar, hebat, vokal power. Takde penonton yang vote, nah inilah pengakhirannya. Mungkinkah penilaian bakat peserta hanya boleh ditentukan melalui undian semata-mata?

Reaksi Penerbit Pengurus Astro Ria penyingkiran Muna:
Memang banyak komen mengenai penyingkiran itu. Tidak dinafikan, Muna sememangnya antara peserta yang mempunyai repustasi bagus juga. Bagaimanapun, itulah dia adat AF yang mana penonton sendiri sepatutnya menggunakan hak mereka menentukan kedudukan peserta kegemaran. Kredit: AF hilang taring

Nuha dan Ewal merupakan peserta AF 2014 kegemaranku. Setiap minggu aku ternanti-nantikan persembahan dari 2 pelajar ni. Bagi aku, Nuha dan Ewal cukup berbakat! Vokal sedap di dengar, kreatif dalam menggubah nyanyian. Bayangkan, Nuha dan Ewal sebegini hebat dalam nyanyiannya, tup-tup disingkirkan dalam AF. Gara-gara mendapat undian yang rendah. Pasti mencetuskan kontroversi! Kontroversi meletop! Kebabom! Dum dam dum dam bunyi mercun (jom nyanyi lagu raya).

6 comments

Terkejut jugak tengok muna yang terkeluar minggu lepas.. =)

itulah kan..adat af nie...dr first season lagi..
yg terbaik akan tersingkir dahulu...
eh..same ar nieyl pun minat ngan niha,ewal ngan firman...:)

sama la macam x percaya tp tue la undian sms kan

harap minggu ni aman keluar...

Muna mmg ada bakat... harap beliau tak patah semangat...


EmoticonEmoticon