Dendam Orang Mati & Kepercayaan Cina Angka 4

Angka / nombor 4 bawa malang

Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, angka atau nombor 4 (empat) merupakan petanda malang ataupun membawa sial. Malah ada yang mengatakan nombor 4 berkaitan kematian. Aku masih ingat masa kat kampus dulu. Projek buat kajian luar yang dijadualkan ada 6 trip. Memandangkan aku dan kawan-kawan yang lain lambat tulis nama, hanya trip ke-4 sahaja yang kosong. Yang lain penuh! Kawan aku yang Cina ni kata taknak masuk trip 4. Sanggup dia tulis nama under trip lain, walaupun dah padat. Baru aku tahu, rupanya angka / nombor 4 bagi kepercayaan masyarakat Cina membawa maksud tidak baik.  

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih
Menangi: Hadiah Bernilai RM700 Dengan Mudah! (KLIK) 


Filem Dendam Orang Mati tonjol angka 4, berkisarkan flat di tingkat 4

Pengarah filem Dendam Orang Mati iaitu Jason, mengolah kisah misteri di sebalik kepercayaan angka 4 (empat) di kalangan masyarakat Cina dengan kisah Lena lakonan Lisa Surihani iaitu seorang pesakit mental yang menghuni di tingkat 4 di sebuah flat usang.
Dalam filem ni nanti, penonton akan dapat merasai tanda tanya ditinggalkan kepada mereka tentang apa yang berlaku kepada Lena dan flat ditingkat 4 yang didiami oleh Lena. Keseraman yang cuba ditonjolkan dalam filem Dendam Orang Mati ni, dikatakan berjaya menimbulkan keresahan penonton. Tu yang bikin hatiku teruja nak tengok filem ni.

Sinopsis Dendam Orang Mati

Dendam Orang Mati mengisahkan seorang pesakit mental yang menghuni tingkat empat di sebuah flat usang. Lena (Lisa Surihani), merupakan isteri kepada Shahrul (Fizz Fairuz). Sebelum ini, Lena terlantar di hospital kerana koma. Ketika Lena dalam keadaan koma, suaminya telah berkahwin dengan perempuan lain iaitu Min (Miera Liyana).

Selepas Lena tersedar daripada koma, Lena disahkan menghidap amnesia. Keadaan bertambah mengelirukan apabila dia diperkenalkan kepada isteri baharu Shahrul, Min di flat lamanya di tingkat 4. Keadaan di tingkat itu yang suram dan sunyi dirasai walaupun telah mengalami pengubahsuaian dan dinamakan tingkat 3A. Bermula dengan pelbagai insiden yang disangka mainan perasaan, Lena mula mengesyaki sesuatu peristiwa buruk telah berlaku di tingkat 3A.

Ketika itu juga, Lena diganggu oleh makhluk halus. Makhluk halus yang dihuni oleh roh jahat yang telah mati. Lena sering berdepan dengan pelbagai kejadian aneh yang menyeramkan. Gangguan seram ini memberikan lebih tekanan kepada Lena yang terasa diabaikan oleh suaminya Shahrul yang berbelah bagi antara isteri mudanya dan Lena.

Apa yang menakutkan, makhluk halus ini ingin membalas dendam! Dendam orang Mati!! Dari manakah datangnya makhluk halus ini? Apa tujuannya ia mengganggu Lena? Adakah dendamnya berjaya ditunaikan? Adakah benar, wujudnya dendam orang yang telah mati? Sama-sama kita saksikan dalam filem Dendam Orang Mati ni nanti.

Gambar filem Dendam Orang Mati

Dendam Orang Mati, kepercayaan Cina angka nombor 4 (empat), angka 4 petanda malang, sial, mati, petanda buruk, filem seram di flat usang tingkat 4, kisah seram nombor 4, sebab nombor 4 tidak bagus, simbolik tafsiran nombor 4, sinopsis filem Dendam Orang Mati, babak seram, gambar menakutkan, scene thriller Dendam Orang Mati

Ada yang dah tengok filem Dendam Orang Mati ni kat pawagam? Nanti kongsikan pengalaman tonton filem ni. Seram ke tidak, or ada banyak elemen suspens. Part kepercayaan masyarakat Cina nombor/angka 4 tu, actually aku dah banyak kali dengar. Bagi aku pulak, angka 4 ni hanyalah simbol nombor je. Filem Dendam Orang Mati merungkai kisah misteri sebuah flat usang, yang dikaitkan dengan kepercayaan masyarakat Cina angka/nombor 4. Kisah seram yang berlaku di tingkat 4! Jengjengjeng…saksikan filem Dendam Orang Mati ni kat pawagam!

3 comments

Actually semua ni psychokan Yumida. Bila kita really believe in that, it happens actually...

Salam singgah sini dik Yumida...ada tengok sikit2 filem ni kat tv...takut tengok patung yang Lisa Surihani pegang tu....seram jer...


EmoticonEmoticon