Sinopsis Separuh Jiwaku

Sinopsis Separuh Jiwaku Drama TV3

Separuh Jiwaku mengisahkan seorang anak yang menjadi pemandu kepada ibunya sendiri. Selepas mengetahui, dirinya merupakan anak angkat, Emir Izlan (Aedy Ashraf) datang ke Kuala lumpur pergi menemui ibu kandungnya. Emir diupah oleh ibunya untuk bekerja sebagai pemandu kepada Datuk Darwish (Hafizuddin Fadzil) dan dirinya. Walaupun Emir merupakan anak kandung Datin Sofinah (Jasmin Hamid), tetapi dia telah diberi amaran oleh Datin Sofinah supaya merahsiakan hubungan mereka dari pengetahuan Datuk Darwish.

Semasa sibuk menjadi pemandu Datuk Darwish dan Datin Sofinah, Emir sibuk melayan ibunya yang begitu cerewet. Dia diberi amaran oleh ibunya agar datang awal ke rumah mereka. Emir dimarahi kerana tidak membukakan pintu kereta buatnya. Malah ibunya sering mencampakkan pakaian yang telah di cuci dari kedai dobi di hadapannya. Hal itu sering menjengkelkan hati Emir.

 Hanna Dalila (Elfira Loy) kedai dobi telah membuatkan Emir jatuh hati padanya. Hanna adalah anak yatim piatu dan dipelihara oleh Mak Iti (Liza Abdullah) semenjak kecil. Hanna sering bercita-cita ingin mengahwini lelaki kaya. Bagi Hanna, Datuk Darwish merupakan pelanggan tetapnya yang tenang dan penyabar.

Suatu hari, Datuk Darwish memberitahu Emir bahawa dirinya menyukai Hanna. Emir begitu terkejut! Gadis yang mereka sukai adalah gadis yang sama! Hanna Dalila! Emir tidak menyangka apabila Hanna juga turut menunjukkan respon positif dan mahu berkahwin dengan Datuk Darwish.

Semenjak itu, Emir mula menyimpan dendam terhadap Datuk Darwish! Baginya, Datuk Darwish seorang perampas! Merampas wanita yang dicintainya. Datin Sofinah begitu terkejut mendengar berita itu. Dia tidak menyangka Datuk Darwish sanggup untuk menduakannya. Walaupun marah, Datin Sofinah telah memberikan syarat jika Datuk Darwish mahu berkahwin dengan Hanna, anak pertama hasil perkahwinan mereka perlu diserahkan kepadanya.

Sanggupkah Hanna mengikut syarat Datin Sofinah? Andai benar dia mahu berkahwin dengan Datuk Darwish. Bagaimana penerimaan Emir terhadap perkahwinan mereka itu nanti? Adakah perkahwinan antara Hanna dan Datuk Darwish bakal berlangsung? Tonton segalanya dalam drama TV3 Separuh Jiwaku.

Drama Separuh Jiwaku merupakan drama terbaru di TV3 yang menggantikan drama Melarik Awan. Nak tahu sinopsis akhir drama Melarik Awan? Jom baca: Melarik Awan Episod Akhir. Penghujung drama yang membawa happy ending! Apakah drama Separuh Jiwaku episod akhir bakal membawa penghujung cerita yang membahagiakan? Tetttt…sama-sama kita tengok.

Pelakon Separuh Jiwaku

Elfira Loy – Hanna Dalila
Aedy Ashraf – Emir Izlan
Hafizuddin Fadzil – Datuk Darwish
Jasmin Hamid – Datin Sofinah
 Liza Abdullah – Mak Iti
Nadia Aqilah Bajuri – Laily
Riz Amin – Rahim
Mak Wan – Mak Biah
Nisha Dirr - Jasmin

OST Separuh Jiwaku

Original Sound Track Separuh Jiwaku
Lagu: Siapa Diriku
Penyanyi: Amylea Azizan ft. Nadia Aqilah Bajuri

Lagu Tema Separuh Jiwaku
Lagu: Ada Kamu
Penyanyi: Roman

Lagu Latar Separuh Jiwaku
Lagu: Aku Sudah Fall In Love
Penyanyi: Alvin My

Gambar Separuh Jiwaku

Sinopsis Separuh Jiwaku Drama TV3, gambar Separuh Jiwaku, pelakon Separuh Jiwaku, Original Sound Track OST Separuh Jiwaku, Separuh Jiwaku episod akhir, Download OST Separuh Jiwaku – Siapa Diriku, Download OST Separuh Jiwaku – Ada Kamu, Download OST Separuh Jiwaku – Aku Sudah Fall In Love

Saksikan Separuh Jiwaku
Slot Azalea Separuh Jiwaku
Hari: Isnin – Khamis
Jam: 4.00 petang – 5.00 petang
Saluran: TV3

12 comments

tak best aa kalau betul si hana tu nak kahwin ngan datuk tua tu...tak sesuai....

aah kak. memang drama Separuh Jiwaku ni dah ditayangkan kat tv9. now drama Separuh Jiwaku ni dimainkan kat tv3 pulak. macam drama 7 suami tu, pun sama gak kes.

aok drama Separuh Jiwaku dah pernah main kat tv9 dolok.

haha. tu la kan, nampak sgt si hana tu muda sgt. tapi kan klo tgk kehidupan realiti sebenar ramai gadis2 muda tergila-gilakan nak kahwin orang kaya. umur n kedutan x jadi penghalang. mungkin itulah drama Separuh Jiwaku ni nak paparkan.

salam perkenalan jugak hana. selamat datang ke blog dihiasi sinopsis drama. hihi.

comel sebab byk duit kan zumal. byk yg kecewa drama Separuh Jiwaku ni pamer pelakon begitu muda. mcm hanna n emir. misai emir mcm x cun je nampak. masih nampak wajah kebudakan. maybe produser nak tampilkan sesuatu yg baru, wajah segar kot


EmoticonEmoticon