7 Suami Episod Akhir

Episod Akhir Drama 7 Suami

Ada yang nak tahu apakah kesudahan kisah Yah dalam mendirikan rumah tangga? 7 Suami mengisahkan Yah seorang anak yatim, dipertemukan jodoh. Namun, jodohnya tidak pernah berkekalan. Watak Yah (Izreen Azminda) dalam drama 7 Suami, sangat menyentuh hati. Siapa sangka drama 7 Suami ini merupkan adaptasi daripada kisah benar. Jom baca sinopsis 7 Suami episod akhir kisah rumah tangga Yah.

Kerana merasa terhutang budi pada Haji Dollah dan desakan neneknya, akhirnya Yah memutuskan untuk berkahwin dengan Haji Dollah. Biar tiada cinta, tiada kasih. Yah rela dalam terpaksa. Haji Dollah antara orang yang terkaya di kampung itu. Sering membantu keluarga Yah, membiaya perbelanjaan hospital nenek Yah. Kebaikan hati Haji Dollah punya makna tersirat! Dia ingin Yah menjadi isterinya!

Sebelum ini, Yah sudah punya kekasih hati. Ihsan, jejaka kacak di kampung itu merupakan buah hati Yah. Ihsan dan Yah masing-masing menaruh perasaan. Hubungan Yah dan Ihsan dicemburi oleh Suri. Ketika Ihsan ingin menyatakan hasratnya mengahwini Yah, hasrat Ihsan ditentang sehabis-habisnya! Keluarga Ihsan begitu membenci keluarga Yah. Percintaan Yah dan Ihsan tidak kesampaian. Kesempitan hidup memaksa Yah agar terus menerima lamaran Haji Dollah.

Perkahwinan Yah dan Haji Dollah tidak berkekalan. Yah berjumpa jodoh barunya iaitu Budi. Budi sering keluar malam dengan memberi alasan keluar bekerja. Di awal perkahwinan, mereka begitu bahagia. Malah Budi juga tidak lokek memberikan wang buat Yah untuk membangunkan kedai runcit. Akibat sikap Budi yang suka berjudi, akhirnya Budi menunjukkan belangnya. Budi mengambil barang kemas milik Yah tanpa pengetahuan Yah untuk pergi berjudi. Suatu hari, pegawai polis datang ke rumah Yah dan memaklumkan untuk menangkap Budi. Budi akhirnya dipenjarakan, lantaran itu dia menceraikan Yah agar Yah dapat mengecapi kebahagiaan berkahwin dengan orang lain.

Selepas menjanda seketika, Yah bertemu jodoh dengan lelaki kaya. Datuk Naza ikhlas mencintainya, kerana itu juga Yah sanggup menjadi isteri kedua. Kerana cemburu, Yah dimusuhi isteri pertama sehingga Yah keguguran. Datuk Naza tidak sanggup melihat Yah dikasari lagi, lalu Yah diceraikan.

Yah kemudiannya bekerja di kedai makan. Di situ, Yah berjumpa dengan Kamal. Hubungan sahabat bertambah erat akhirnya tercipta rasa cinta. Yah dan Kamal diijabkabulkan. Dugaan melanda perkahwinan Yah dan Kamal, Kamal ditakdirkan lumpuh. Sakitnya kian melarat hingga mengakibatkan dia pergi buat selama-lamanya. Yah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamannya.

Di kampung, kehadiran Yah tidak disenangi oleh Suri. Ini kerana Suri sudah berkahwin dengan Ihsan, jejaka yang pernah mencintai Yah. Suri merencana rancangan jahat dengan memfitnah Yah, hingga akhirnya Yah ditangkap khalwat dengan Azli. Azli dan Yah dinikahkan. Namun, hubungan tanpa rasa cinta menyebabkan perkahwinan itu tidak kekal lama.

Sekali lagi, Yah bertemu jodoh dengan Luqman. Mereka mengambil keputusan untuk berkahwin. Pada awalnya, Yah begitu bahagia. Malah dirinya juga bersumpah tidak akan berkahwin lagi. Memandangkan perkahwinannya bersama Luqman merupakan perkahwinan ke-6. Siapa sangka, suaminya yang keenam itu, merupakan seorang bapa ayam. Ihsan berusaha menyelamatkan Yah daripada penipuan Luqman.

Adakah Yah akan mempercayai kata-kata Ihsan? Dapatkah Yah menghidu kejahatan dalam diri Luqman? Jika benar dakwaan Ihsan, adakah Yah akan bercerai dengan Luqman? Yah telah bersumpah tidak mahu kahwin lagi! Adakah Yah akan membuka ruang hatinya buat Ihsan? Memandangkan isteri Ihsan iaitu Suri sudah meninggal dunia. Haaa…part hujung ni korang kena tengok drama 7 Suami episod akhir. Kalau tengok kat tajuk drama ni, 7 Suami. Rasa-rasanya… Yah akan berkahwin dengan Ihsan!

Untuk pengetahuan semua, drama 7 Suami ini pernah ditayangkan dalam TV9. Kini, ia disiarkan semula menerusi TV3. Kisah seorang isteri bernama Yah yang sangat meruntun hiba. Setiap suaminya, ada kisahnya tersendiri. Menghadapi perkahwinan yang gagal dalam kehidupannya. Malah, dirinya diuji dengan ujian hebat apabila orang kampung sering memandang serong pada keluarga Yah. Penonton yang menyaksikan watak Yah, pasti menyalurkan rasa kasihan, simpati terhadap nasib yang menimpa Yah. Korang dah tengok drama 7 Suami? Belum? Haaa..kena tengok. Banyak pengajaran yang boleh kita pelajari. Selamat menonton drama 7 Suami.

Pelakon yang menjayakan drama 7 Suami episod akhir

Izreen Azminda – Safiyah
Aiman Hakim Ridza – Ihsan
Kazar Saibi – Haji Dollah
Yus Waisar – Budi
Esma Daniel – Datuk Naza
Mohd Fazren Mohd Rafi – Azli
Azhar Sulaiman – Kamal
Azhan Rani – Luqman

OST 7 Suami

Original Sound Track 7 Suami
Lagu: Seruan Jiwa
Penyanyi: Salma

Lagu Tema 7 Suami
Lagu: Bukan Untuk Sesaat
Penyanyi: Min Yasmin

Lagu Latar Drama 7 Suami
Lagu: Astaghfirullah
Penyanyi: Hafiz Hamidun

Gambar drama 7 Suami

gambar drama 7 Suami, 7 Suami Episod Akhir, 7 Suami drama TV3, TV9, gambar 7 Suami, pelakon 7 Suami, Original Sound Track OST 7 Suami, Izreen Azminda – Safiyah, Yah, Aiman Hakim Ridza – Ihsan, Kazar Saibi – Haji Dollah

Saksikan drama 7 Suami
Hari: Rabu & Khamis
Jam: 10.00 malam
Saluran: TV3

6 comments

seronok tengok cerita ni. tak sangka kisah benar. tapi tak mustahil kan? tiada yang mustahil di dunia ini.

cerita ni memg best.. tapi sy masa tv 9 siarkan sy trmiss episd last... hehehe ni nk kna tgok nih...

memang kesian tengok watak yah dalam drama 7 suami ni. banyak dugaan ditempuhi yah.

aah drama 7 suami ni pernah main kat tv9. jangan terlepas tengok 7 Suami episod akhir nanti.

Kenape episode 4 sampai 7 was xde??
Sesape tau?


EmoticonEmoticon