Sinopsis Dia Bukan Arissa

Sinopsis Novel Dia Bukan Arissa

Dia Bukan Arissa mengisahkan Arissa mati dibunuh. Arlisa panik melihat kakak kembarnya yang sudah dua tahun menghilang dan kini muncul semula, terbaring berlumuran darah di rumahnya.

“Kalau kau tak nak dituduh membunuh kakak kau dan meringkuk dalam penjara, kau kena ikut cakap aku. Kau mesti menyamar jadi Arissa! Mayat ni biar aku yang uruskan,” ujar lelaki yang tidak dikenali yang datang tiba-tiba.

Arlisa terpaksa menurut. Dia ke rumah ‘mertuanya’ menyamar sebagai ‘menantu’ Puan Murni, ‘ibu’ Ameera dan... ‘isteri’ Adam! Barulah dia tahu siapa Arissa selama menghilangkan diri. Satu rumah membenci Arissa kerana kejahatannya. Sedangkan sifat Arlisa berbeza dengan Arissa. Bagaimana Arlisa hendak berhadapan dengan semua ini? Bagaimana dia nak berdepan dengan Adam? Adam melayannya mesra bagai seorang suami. Ahh... payah! Memang payah!

Arlisa perlu lakukan sesuatu... tapi apa? Dia adalah dia, bukan Arissa. Dan dia mula jatuh cinta pada... Oh, tak mungkin. Adam tak cintakan dia. Adam cintakan Arissa yang sebenar. Tanpa mereka sedar, semua yang terjadi adalah komplot yang dirancang!

Sinopsis Dia Bukan Arissa, Gambar novel Dia Bukan Arissa, Penulis novel Dia Bukan Arissa: Syaida Ilmuna, novel terlaris 2014, novel popular 2014, Harga novel Dia Bukan Arissa: RM18.00, Jumlah halaman novel Dia Bukan Arissa 400 muka surat

Inilah gambar novel Dia Bukan Arissa
Penulis novel Dia Bukan Arissa: Syaida Ilmuna
Harga novel Dia Bukan Arissa: RM18.00
Jumlah halaman novel Dia Bukan Arissa: 400 muka surat

Novel Dia Bukan Arissa merupakan novel antara yang terlaris dijual tahun 2014. Jom dapatkan novel Dia Bukan Arissa di pasaran!

4 comments


EmoticonEmoticon