Cara Menjaga Kesihatan & Gaya Hidup Sihat

Entry ini merupakan kesinambungan Sebab Mengapa Kesihatan Itu Penting. Perkongsian ini berdasarkan pengalamanku sendiri, cara bagaimana aku ingin menjadi sihat. Setiap orang tak sama cara menjaga kesihatan. Ianya bergantung pada kemahuan sendiri dan latihan senaman masing-masing.

Cara menjaga kesihatan, sebab mengapa kesihatan itu penting, tips penjagaan kesihatan, menjaga kesihatan membantu tubuh badan menjadi sihat, kelebihan menjaga kesihatan, cara menjaga kesihatan, makan secara sihat, pemakanan sihat, makanan betul untuk sihat

Berikut merupakan cara-cara aku menjaga kesihatan, gaya hidup yang lebih sihat!

1. Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan
2. Aku berusaha untuk mengelak makanan mengandungi lemak dan cara masak berminyak
3. Lebihkan makan makanan laut seperti ikan, sebab ia mengandungi protein, yang mana penting untuk memberi tenaga.
4. Berjoging di hadapan rumah, buat 5 larian penuh untuk memastikan aku berpeluh dan ianya sangat bagus untuk jantung.
5. Main badminton setiap petang.
6. Buat senaman ringkas di rumah, sambil tengok tv sambil menggerakkan anggota badan.
7. Ambil supplement tambahan. Aku pengguna Shaklee, melalui produk Shaklee yang aku ambil seperti GLA Complex, Alfafa, Vita-E Complex dan Vita-Lea. Alhamdulillah, ia membantu kesihatanku dengan lebih baik.
8. Minum air masak di rumah. Kalau ke kedai aku akan beli air mineral, sebab kandungan air mineral lebih baik daripada drinking water (RO-reverse osmosis). Air mineral sangat bagus untuk kesihatan.
9. Makan lebih banyak buah-buahan terlebih dahulu, iaitu 10 minit awal sebelum mengambil makanan berat. Ini penting bagi memastikan perut aku kenyang dengan buah-buahan, dan pengambilan nasi diambil dalam kuantiti sedikit.
10. Menggantikan makanan malam iaitu nasi dengan oatmeals. Aku tidak lagi mahu mengambil nasi untuk makan malam sebab ianya menyebabkan badanku mudah naik. Lagipun selepas makan, aku hanya baring depan tv, takde buat aktiviti membakar lemak. Selepas bertukar kepada makanan oat, Alhamdulillah aku alami penurunan berat badan. Malah aku rasa lebih cergas dan mudah bergerak selepas makan malam.


Inilah 10 tips cara aku menjaga kesihatan. Ianya tidak menjadikan aku kurus, tetapi lebih kepada rasa sihat. Sebelum ni, aku sering berasa lemau, letih, kurang bertenaga, rasa malas, sakit-sakit badan. Dengan jadual kesihatan di atas, sangat membantu aku menjadi lebih sihat. Terbukti, penjagaan kesihatan yang baik mampu memberi tubuh badan yang sihat buat kita.

8 comments

woooo0ooo00oooooooooooooooooo sedor kjap

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran memang selalu kita amalkan. Tapi nak makan buah 10 minit sebelum makan tu jarang buat coz selalunya lepasa makan buah terus makan heavy..he..he

ok..nanti akak pun nak buat gini..

tips yang berguna...tapi main badminton tuuu xpenah..huhuhu


EmoticonEmoticon