Johan Juara Super Spontan 2014

Johan Pemenang Utama Super Spontan 2014

Tahniah diucapkan buat Johan atas kejayaan merangkul gelaran juara dalam Super Spontan 2014 yang berlangsung semalam, 24 Oktober 2014. Johan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM100,000, sebuah trofi sumbangan Astro dan kereta Toyota Camry. Wah awesome! Hadiah super hebat buat pemenang Super Spontan 2014. Memang bertuah Johan tahun ni.

Johan Juara Super Spontan 2014, pemenang Super Spontan 2014, gambar pentas akhir Super Spontan 2014, 6 finalis Super Spontan 2014: Johan (Abe Macho) Shuib (Raksasa Comey), Tauke (John Senah), Shahrol (Super Gayung), Achey (Acik Gelek), Yus (Sugar Kane).

Ada 6 finalis yang berentap di pentas akhir Super Spontan 2014 semalam. Mereka ialah Johan, Shahrol, Shuib, Achey, Yus dan Tauke. Masing-masing hebat dengan bakat melawak. Kalau dilihat dari segi undian semalam, ada saingan antara Shahrol dan Shuib. Sebelum nama pemenang diumumkan, ada disiarkan jumlah undi. Shahrol di tempat kedudukan undian ke-3, manakala Shuib di kedudukan ke-2. Tapi, bila pengumuman pemenang Super Spontan 2014 dibuat, Shahrol mendapat tempat ke-2 pemenang Super Spontan 2014. Tahniah buat semua.

Jom lihat senarai pemenang Super Spontan 2014. Semua peserta bawa balik hadiah wang tunai. Memang beruntung siapa yang jadi finalis Super Spontan 2014. Hadiah ribu-riban. Jom terjah siapakh pemenangnya. Jengjengjeng…

Pemenang Super Spontan 2014

Juara │ tempat pertama Super Spontan 2014
Johan (Abe Macho)
Hadiah: Wang tunai RM100,000, trofi sumbangan Astro dan sebuah kereta Toyota Camry

Pemenang tempat ke-2 Super Spontan 2014
Shahrol (Super Gayung)
Hadiah: Wang tunai RM50,000 dan trofi sumbangan Astro

Pemenang tempat ke-3 Super Spontan 2014
Shuib (Raksasa Comey)
Hadiah: Wang tunai RM25,000 dan trofi sumbangan Astro

Pemenang tempat ke-4 Super Spontan 2014
Achey (Acik Gelek)
Hadiah: Wang tunai RM5,000

Pemenang tempat ke-5 Super Spontan 2014
Yus (Sugar Kane)
Hadiah: Wang tunai RM5,000

Pemenang tempat ke-6 Super Spontan 2014
Tauke (John Senah)
Hadiah: Wang tunai RM5,000

Super Spontan 2014 pentas akhir
Tarikh: 24/10/2014
Hari: Jumaat
Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Warna 132 & Mustika HD 134

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih
Menangi: Hadiah Bernilai RM700 Dengan Mudah! (KLIK)


EmoticonEmoticon