Sinopsis
Novel Kata Tak Rindu
Kata Tak Rindu mengisahkan kerana
kecewa kekasih hati berkahwin dengan gadis lain, Zafia mendaftar diri di Agensi
Mencari Jodoh. Niat hatinya hanya satu, ingin membalas dendam terhadap bekas
kekasihnya, Shahril. Tanpa berfikir panjang, Zafia terus menandatangani surat
perjanjian tanpa berjumpa terlebih dahulu dengan bakal suami.
Setelah berjumpa Aezwan, lelaki yang
dikenali melalui Agensi Mencari Jodoh, Zafia mula berubah fikiran. Tidak mahu
meneruskan perkahwinan. Namun Zafia tidak dapat mengelak dari berkahwin dengan
Aezwan kerana telah terikat dengan perjanjian yang telah ditandatanganinya.
Perkahwinan berlangsung juga. Zafia
dan Aezwan terpaksa menjalani hidup berumah tangga. Tiada keserasian,
membuatkan mereka berdua sering bergaduh. Suaminya terlalu berdisiplin,
pagi-pagi lagi sudah bangun dan mengemas rumah. Sedangkan Zafia matahari
terpacak di ubun-ubun, masih terbongkang tidur.
Bekas kekasihnya, Shahril mula
mengganggu rumah tangga Zafia. Dia tidak serasi dengan pasangan hidupnya. Bila
Aezwan dapat tahu, dia mula berasa cemburu kerana telah timbul bibit-bibit
cinta dalam hatinya. Aezwan berjumpa Shahril tanpa pengetahuan Zafia. Berlaku satu
insiden yang tidak diingini. Apakah insiden itu? Kekal ke rumah tangga Zafia
atau dia balik semula pada Shahril? Bagaimana pula dengan Aezwan? Mana satu
pilihan Zafia?
“Fia tak berzina, Fia sudah berkahwin,
Aril!!!” – ZAFIA
“Hari ini abang bahagia sangat sebab
apa yang abang nak, abang dapat. Fia dah jadi milik abang.” – AEZWAN
Inilah
gambar novel Kata Tak Rindu
Penulis
novel Kata Tak Rindu: Siti Nur Dhuha
Harga novel Kata
Tak Rindu: RM27.90
Jumlah
halaman novel Kata Tak Rindu: 752 muka surat
Komen pembaca novel Kata Tak Rindu
Novel Kata
Tak Rindu merupakan novel antara yang
terlaris dijual tahun 2014. Jom dapatkan novel Kata Tak Rindu di pasaran!
7 comments
macam best je nie.. hihi
rajin nye baca novel..
saya seminggu baca novel pon xabes2 lagi..
Hypoglycemia: Rawat dengan Energizing Soy Protein
Salam hujung minggu Yumida..
Macam best, mok beli mun dividen pelaburan kamek masok.
Macam best je novel ni.. nak g cari jugak lah novel ni..
Macam best jer novel nih.. tapi ada ke masa nak layan novel macam dulu2.. huhuhu..
Macam best ;)
EmoticonEmoticon