Babak Seram & Menakutkan Filem Dendam Orang Mati

Buat penakut macam aku, filem Dendam Orang Mati sangat sesuai untuk aku tonton. Pasalnya, dalam filem ni, paparan hantu tidak ditonjolkan. Cuma jalan cerita je seram. Haaa..macam ni baru aku nak tengok! Kalau tengok filem seram, asyik-asyik hantu keluar. Asyik-asyik muka hodoh ditayangkan, dengan rambut serabai, make up putih comot. Hantu yang kelihatan jelik. Errr…sangat-sangat tak gemar genre macam ni. Baca ulasan pengarah filem Dendam Orang Mati bikin hatiku meronta-ronta nak cari CD ni kat pasaran. Tapi belum jual lagi, al maklum la filem masih baru, masih hangat ditayangkan kat pawagam.

Antara babak yang terdapat dalam filem Dendam Orang Mati yang mampu membuat penonton merasa seram. Berdiri bulu roma! Meh tengok!

Babak Seram & Menakutkan Filem Dendam Orang Mati

Babak seram dan menakutkan filem Dendam Orang Mati, sinopsis Dendam Orang Mati, scene thriller Dendam Orang Mati, gambar Dendam Orang Mati, pelakon Dendam Orang Mati

Babak seram dan menakutkan filem Dendam Orang Mati, sinopsis Dendam Orang Mati, scene thriller Dendam Orang Mati, gambar Dendam Orang Mati, pelakon Dendam Orang Mati

Babak seram dan menakutkan filem Dendam Orang Mati, sinopsis Dendam Orang Mati, scene thriller Dendam Orang Mati, gambar Dendam Orang Mati, pelakon Dendam Orang Mati

Babak seram dan menakutkan filem Dendam Orang Mati, sinopsis Dendam Orang Mati, scene thriller Dendam Orang Mati, gambar Dendam Orang Mati, pelakon Dendam Orang Mati

Sinopsis Dendam Orang Mati

Dendam Orang Mati mengisahkan seorang pesakit mental yang menghuni tingkat empat di sebuah flat usang. Lena (Lisa Surihani), merupakan isteri kepada Shahrul (Fizz Fairuz). Sebelum ini, Lena terlantar di hospital kerana koma. Ketika Lena dalam keadaan koma, suaminya telah berkahwin dengan perempuan lain iaitu Min (Miera Liyana).

Selepas Lena tersedar daripada koma, Lena disahkan menghidap amnesia. Keadaan bertambah mengelirukan apabila dia diperkenalkan kepada isteri baharu Shahrul, Min di flat lamanya di tingkat 4. Keadaan di tingkat itu yang suram dan sunyi dirasai walaupun telah mengalami pengubahsuaian dan dinamakan tingkat 3A. Bermula dengan pelbagai insiden yang disangka mainan perasaan, Lena mula mengesyaki sesuatu peristiwa buruk telah berlaku di tingkat 3A.

Ketika itu juga, Lena diganggu oleh makhluk halus. Makhluk halus yang dihuni oleh roh jahat yang telah mati. Lena sering berdepan dengan pelbagai kejadian aneh yang menyeramkan. Gangguan seram ini memberikan lebih tekanan kepada Lena yang terasa diabaikan oleh suaminya Shahrul yang berbelah bagi antara isteri mudanya dan Lena.

Apa yang menakutkan, makhluk halus ini ingin membalas dendam! Dendam orang Mati!! Dari manakah datangnya makhluk halus ini? Apa tujuannya ia mengganggu Lena? Adakah dendamnya berjaya ditunaikan? Adakah benar, wujudnya dendam orang yang telah mati? Sama-sama kita saksikan dalam filem Dendam Orang Mati ni nanti.

Pelakon Filem Dendam Orang Mati

Lisa Surihani - Lena
Fizz Fairuz - Shahrul
Miera Liyana - Min
Mustapha Kamal - Tan Sri Zamani
Ramli Salleh - Zali
Hamidah Wahab -Mak Cik Zaharah
Eunous Madeonus - Afiq

Gambar Filem Dendam Orang Mati

 Sinopsis filem Dendam Orang Mati, gambar Dendam Orang Mati, pelakon Dendam Orang Mati, Lena - Lisa Surihani, Shahrul - Fizz Fairuz, Min - Miera Liyana, kisah Dendam Orang Mati, filem seram

Baca sinopsis Dendam Orang Mati pun dah terasa thriller filem ni. Sangat-sangat membuat hati aku berkeinginan nak tahu apa punca makhluk halus tu nak balas dendam. Bayangkan korang, andai korang berada di tempat Lena. Sering terserempak dengan benda halus dan menyeramkan. Eeee… seram!

4 comments

Wahh mcm best ni. Thanks sharing Yumida.. :)

sy dh tengok thriller dia.. seram lah jgk wlaupn xde tunjuk hantu... huhuhu

Acik surrender.angkat 2 belah tangan la..tak nak tengok..


EmoticonEmoticon