Menang Peraduan SEJUTA RINGGIT! Yey!!

Happy..happy..happy.. Alhamdulillah, aku telah terpilih sebagai salah seorang pemenang dalam Peraduan SEJUTA RINGGIT. Tak sangka, ingatkan orang lain menang, tup-tup terpampang namaku di situ. Syukur Alhamdulillah..

Menang Peraduan SEJUTA RINGGIT!

Nak tahu tak apa yang aku perlu buat untuk menang Peraduan SEJUTA RINGGIT ni? Aku kena jawab 3 soalan. Soalan pertama kena nyatakan tettttt…sila baca soalan di bawah.

Jika anda punyai sejuta ringgit, apakah anda akan buat dengan duit tersebut?
Dengan wang RM1 juta saya akan manfaatkan untuk:
RM100,000 untuk baik pulih rumah, membesarkan ruang rumah, membuat sistem keselamatan rumah yang canggih dan terkawal rapi.

Yeah, itu merupakan salah 1 perancanganku, kalau dapat sejuta ringgit. Nak tahu butiran terperinci, kena baca SINI untuk lihat bajet perbelanjaan RM1 jutaku. Segmen ni namanya The Kufazuke Show: Ini Adalah Aku! Memandangkan lebih mudah untuk aku ingat, so aku panggil segmen ni Peraduan SEJUTA RINGGIT.

Time aku siapkan segmen ni, kena ambik masa. Al maklum la, banyak sangat urusan. Untuk memudahkan aku cari dan geledah nama segmen dalam folder documents, so aku cipta nama segmen ni cenggitu. Sure korang dah suspens kan? Betul ke aku menang sejuta ringgit. Betul la tu. Menang peraduannya. Hadiahnya dapat…. Wang tunai berjumlah RM100.00. Alhamdulillah baik sungguh hati sponsor.

Menang Peraduan SEJUTA RINGGIT! maybank2u
RM100.00 fund transfer

Terima kasih buat penganjur dan penaja hadiah untuk Peraduan SEJUTA RINGGIT:
Moga kalian dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, diberi usia yang bermanfaat, dirahmati olehNya.

Menjoinkan diri dalam segmen/giveaway merupakan hobiku di masa lapang. Especially weekend. Selain dapat menyumbang trafik blog, mungkin kita juga berpeluang untuk memenangi hadiah. Rezeki… kalau ada nasib, Alhamdulillah.. Dengan wang RM100.00 ini dapat la membantu aku menambah dana untuk mencapai misi Novemberku, bayar lump sum hutang tuttttt… Moga dipermudahkan segalanya.