Sinopsis Teduhan kasih Drama TV9 & TV3
Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim)
dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan
untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak
berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul
oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat
baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti
Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka
sering menabur fitnah terhadap Iffa.
Suatu hari,
Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan
mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa
serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia
tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap
suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu
muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli
lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa.
Tanpa hala
tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan
Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut
bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin
pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh
tersebut untuk menambah derita Iffa.
Iffa yang
panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum
berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa
ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki
yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang
isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan
merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah
wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.
Pada waktu
ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya.
Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari
di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari
itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di
hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.
Ehsan
menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak.
Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang
romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit
rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam
kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan
kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan
membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan. Saksikan
segalanya dalam drama Teduhan Kasih di TV9.
Kredit:
Sinopsis Teduhan Kasih
Pelakon Teduhan Kasih
Iffa - Sherry
Ibrahim
Ryzal - Shah Iskandar
Ayu - Nabila Huda
Ehsan - Adi
Putra
Gambar Teduhan Kasih
Sebelum ini,
drama Teduhan Kasih pernah disiarkan di TV3, kini ia disiarkan di TV9 pula.
Saksikan
drama Teduhan Kasih
Hari: Sabtu
& Ahad
Jam: 12.30
tengah hari
Saluran: TV9
1 comments so far
Mmg layan cerita ni masa tyg kat TV3 dulu..mula2 sedih, pastu geram dgn mulut mak tiri n kakak tiri yg sgt laser tu...tapi best sbb happy ending..:-)
EmoticonEmoticon