Doa Murah Rezeki

Doa ni juga sangat bagus diamalkan setiap hari. Doa untuk meminta rezeki agar diberi rezeki yang melimpah ruah. Insha Allah, kepadaNya kita meminta. Sesungguhnya Dia Maha Kaya, pemberi rezeki. Jom amalkan Doa Murah Rezeki ni. Moga lepas ni makin bertambah rezeki kita.

Doa murah rezeki, doa minta diberi rezeki yang banyak dan berkat, doa dilimpahkan rezeki, doa rezeki, senarai doa, gambar doa, doa harian, doa selepas solat

DOA DIMURAHKAN REZEKI
Ya Allah..apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya.

Juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut, dan berikanlah rezeki padaku dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan diriku ini tidak memerlukan sesiapa selain dariMu, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu.