Gambar anak patung Annabelle menakutkan!
Siapa ada tengok filem The Conjuring? Serius
wajah anak patung Annabelle bagi aku menyeramkan. Walaupun terukir senyuman di
bibir Annabelle namun jelas terpancar aura jahat dalam dirinya.
Gambar sebenar anak patung Annabelle
Gambar comel anak patung Annabelle. Siapa
sangka wajah anak patung Annabelle yang comel, kiut, sedap dipeluk, patung yang
pastinya menjadi kesukaan kanak-kanak terkandung seribu misteri. Anak patung Annabelle
berhantu! Kisah a nak patung Annabelle merupakan kisah benar. Sehinggakan kisah ini difilemkan dalam filem The Conjuring. Malah yang terbaru ni, Annabelle Doll kini hangat berada di pawagam.
Gambar anak patung Annabelle filem The Conjuring
The Conjuring aku dah tengok. Anak patung Annabelle memang seram, menakutkan! Filem terbaru Annabelle, yang ni aku belum tengok. Khabarnya ramai yang cakap filem Annabelle Doll tak berapa nak seram. Betul erk?
Anak patung Annabelle gambar dalam filem The Conjuring.
Annabelle dalam filem Annabelle Doll
Annabelle Doll filem terbaru sambungan The Conjuring. Tak sabar nak tunggu CD keluar. Nak tengok Annabelle Doll ni.
Cover filem The Conjuring. Jelingan mata Annabelle yang menyeramkan!
Filem anak patung Annabelle merupakan kisah benar!
Gambar Annabelle asal. Inilah patung yang berhantu tu. Macam comel je, tapi jangan dibuat main-main. Siap disimpan dalam bekas kaca. Gambar sebelah patung Annabelle yang dilakonkan dalam filem The Conjuring.
Pengkaji paranormal, Ed dan Lorraine Warren. Kisah mereka menangkap anak patung Annabelle dijadikan filem.
Gambar anak patung Annabelle dikurung dalam bekas kaca. Anak patung yang dirasuk hantu.
Ed dan Lorraine Warren memandang Annabelle. Muzium Okultus Warren ialah muzium barangan mistik milik Ed dan Lorraine Warren. Kisah pengkaji paranormal ini telah disiarkan menerusi filem The Conjuring. Filem berdasarkan kisah benar mengenai anak patung bernama Annabelle.
Annabelle kini berada dalam Muzium Okultus Warren.
Muzium Okultus Warren merupakan koleksi barangan
yang mempunyai entiti yakni berpenunggu yang disimpan oleh pasangan Warren
sejak terlibat dalam bidang paranormal pada tahun 1952. Antara yang dipamerkan
ialah patung Annabelle yang dikatakan sangat berhantu dan mempunyai kuasa
jahat, patung Annabelle terpaksa disimpan di dalam bekas kacanya sendiri.
Berdasarkan cerita, seorang lelaki telah
mati ditikam oleh Annabelle, anak patung yang dihuni oleh makhluk halus.
Barangan lain yang dipamerkan di Muzium Okultus Warren termasuk keranda pontianak, papan
Ouija dan barangan pemujaan syaitan. Muzium ini terletak di Monroe Connecticut
Amerika Syarikat. Menyeramkan kisah Annabelle. Wajah sebenar patung ni nampak comel je, tapi terkandung cerita penuh mistik!
Kredit: Gambar asal anak patung Annabelle
& kisah sebenar Annabelle The Conjuring 1 2
Menangi: Hadiah Bernilai RM700 Dengan Mudah! (KLIK)
Menangi: Hadiah Bernilai RM700 Dengan Mudah! (KLIK)
4 comments
Ish3..
macam best je. kalau berkesempatan nak tengok jugak movie ni :)
the conjuring cx da tgk. the best! lps ni nka cari chance yhk annabelle pula. hope ianta tk mengecewakan
patung cmni biasa la makhluk nk duduk..
EmoticonEmoticon