Setitis Kasih Darmia

Drama Setitis Kasih Darmia kini hangat ditayangkan di kaca tv:

Setitis Kasih Darmia mengisahkan gadis yatim piatu yang bernama Darmia (Nellydia Senrose). Darmia dibesarkan oleh opahnya (Fauziah Nawi). Melihat Darmia sering menjadi cucu kesayangan ibu mereka, makcik Darmia berasa begitu iri hati dan dengki. Mak Ngah (Liza Abdullah) antara yang membenci Darmia. Begitu juga Mak Long (Azizah Mahzan). Lebih mengeruhkan keadaan, sepupu Darmia iaitu Anis Alisa (Puteri Chi Chi) sering membuat onar menjadikan kebencian emak dan Mak Ngahnya begitu membenci Darmia.

Berlainan pula dengan sepupunya Haliza (Zarynn Min). Haliza sering mengambil berat mengenai Darmia. Walaupun dia merupakan kakak kepada Anis Alisa namun, perangainya jauh berbeza. Darmia sering ke rumah Mak Ngah untuk memasak, menyiapkan makanan untuk Pak Ngahnya (Kazaruddin Saisi).  Namun kebaikan hati Darmia tidak pandang. Lebih teruk lagi, Pak Ngah cuba mengambil kesempatan ke atas Darmia.   

Suatu hari, ketika Mak Ngah tiada di rumah, Pak Ngah mempunyai niat jahat terhadap Darmia. Darmia terkejut lantas melarikan diri. Darmia berlari sekuat hati tanpa dia sedari sebuah kereta datang meluru dengan laju. Darmia hampir di langgar. Seorang jejaka keluar tergesa-gesa dari perut kereta dan membantu Darmia. Darmia menangis ketakutan apabila lelaki tersebut ingin menghantarnya balik ke rumah. Khairul Amir (Sharnaaz Ahmad) panik. Dia cuba menenteramkan Darmia.

Ketika orang kampung mencari Darmia, mereka melihat aksi salah faham kononnya Darmia sedang berasmara dengan seorang lelaki di dalam kereta. Pak Ngah mengapi-apikan keadaan. Darmia dan Khairul Amir ditangkap basah! Mereka akhirnya dinikahkan. Khairul Amir rasa tertipu, dia marah kerana dirinya yang membantu Darmia dalam kesusahan telah dianiaya. Darmia merayu agar Khairul Mir tidak meninggalkannya di perkampung itu. Namun, Khairul Amir tidak mempedulikan Darmia.

Selepas kejadian itu, Darmia merasa begitu sedih. Mak Ngah, Mak Long dan Anis sering mencacinya. Hanya opah yang begitu mengambil berat tentang dirinya.

Selepas 4 tahun, Khairul Amir tiba-tiba muncul. Khairul Amir selaku majikannya, juga merupakan suaminya kini berstatus kekasih Haliza. Darmia merasa serba salah. Dia begitu menyayangi Haliza, seperti mana Haliza yang sering ambil berat mengenai dirinya. Rahsia perkahwinan antara dia dan Khairul Amir mesti dirahsiakan! Dia tidak ingin melihat Haliza kecewa.

Rahsia yang disimpan rapi akhirnya terbongkar! Apakah reaksi Haliza apabila mengetahui Darmia merupakan isteri kepada kekasihnya, Khairul Amir? Akan masih adakah rasa sayang Haliza untuk sepupunya itu? Adakah hati Khairul Amir juga terpaut dengan cinta Darmia? Tonton segalanya dalam  drama Setitis Kasih Darmia di TV9.

Pelakon Setitis Kasih Darmia

Darmia – Nellydia Senrose
Khairul Amir – Sharnaaz Ahmad
Zulfekar – Josiah Hogan
Haliza – Zarynn Min
Anis Alisa – Puteri Chi Chi
Mak Ngah – Liza Abdullah
Pak Ngah – Kazaruddin Saisi
 Mak Long – Azizah Mahzan
Opah – Fauziaha Nawi

Original Sound Track OST Setitis Kasih Darmia

Lagu: Semua Isi Hatimu
Penyanyi: 3 Suara

Gambar Setitis Kasih Darmia 

Setitis Kasih Darmia drama TV9, Sinopsis Setitis Kasih Darmia, Pelakon Setitis Kasih Darmia, Gambar Setitis Kasih Darmia, Original Sound Track OST Setitis Kasih Darmia

Saksikan drama Setitis Kasih Darmia
Hari: Selasa & Rabu
Jam: 8.30 malam
Saluran: TV9

2 comments

Jarang tengok drama melayu. Biasa layan drama oversea. hehe
http://adarain.com


EmoticonEmoticon