Konsep Berhutang Dalam Islam

Rasanya, kita semua pernah berhutang. Hutang jenis macam mana dan jumlah hutang mungkin berbeza setiap individu. Di zaman yang serba moden ni, kos hidup makin meningkat. Ditambah lagi dengan faktor harga barang kian meninggi.

Nak beli barang dengan wang tunai cash! Mana mampu! Segalanya perlukan hutang dan bayaran ansurans. Baru dapat memiliki kenderaan, rumah, perabot dan modal untuk memulakan sesuatu perniagaan. Malah nak sambung pelajaran di peringkat lebih tinggi, juga perlukan pinjaman hutang. Paling famous PTPTN. Lantaran itu, amalan berhutang merupakan perkara biasa pada masa kini.

Konsep berhutang dalam islam, hadis hutang, buat pinjaman hutang untuk beli barang, berhutang dalam Islam, kontrak hutang, kontrak perjanjian hutang jual beli, kesan hutang tanpa kontrak

Konsep berhutang dalam Islam

Jika dilihat dari perspektif syariah, secara umumnya tidak ada halangan untuk berhutang dalam memenuhi keperluan masing-masing. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah yang menyebut:

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar)”. (Al-Baqarah: 282)

Ayat di atas menunjukkan bahawa konsep berhutang adalah dibenarkan dalam kehidupan manusia. Ia juga menggariskan beberapa syarat dalam berhutang seperti mestilah direkodkan bagi mengelakkan pertelingkahan bagi pihak berkontrak pada masa depan.

Itulah kepentingan menulis kontrak dalam berhutang. Lebih-lebih lagi jika melibatkan hutang yang besar. Mesti ada surat perjanjian a.k.a kontrak hutang agar lebih jelas untuk kita buat bayaran. Agar tak menjadi isu di kemudian hari. Eh, jangan tak tau ada jugak orang yang berhutang guna air liur. Part nak bayar tu, betapa liatnya dia nak lunaskan hutang. So, kena ada kertas hitam putih dalam berhutang. Kontrak berhutang memudahkan urusan kedua-dua pihak buat bayaran dan tagih hutang.

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

6 comments

hutang wajib dibayar...
byknya hutang...macam2 da...

wajib dibayar kalau berhutang

salam jumaat dan terima kasih di atas perkongsian ini yumida...

Baruk kamek tauk. Kamek ingat mun berhutang wajib bayar jak rupanya mesti ditulis jwak. Nang tolen kedak kamek. Jak upa owg kedekut tapi ya cara terbaik supaya owg yakin ngan kita nak.

Betul tu... Hutang kecik ni pun selalu lupa.. Bukan xnak byar, tp terlupa.. Apa hukumnya eh? Sekiranya kedua2 pihak terlupa, tp belum perkataan halal keluar..

Hutang tu kena bayar walaupon kita dah meninggal ..Kalau dah meninggal org terdekat yang perlu bayarkan untuk si mati ...


EmoticonEmoticon