Program I Want To Touch A Dog Dalam Siasatan

I Want To Touch A Dog │ Saya Mahu Sentuh Anjing

Semalam dah Program I Want To Touch A Dog (Saya Mahu Sentuh Anjing) ni hangat dibicarakan. Di dada media, ada yang menyokong, ada juga menentang habis-habisan. Ketika tu, belum lagi timbul kenyataan dari Jakim. Sama ada program ni mendapat kebenaran ataupun tidak.  

Hari ni, kontroversi Program I Want ToTouch A Dog mendapat perhatian meluas. Menurut Jakim, mereka akan menjalankan siasatan terperinci berhubung penganjuran program I Want To Touch A Dog yang berlangsung di Petaling Jaya, 19 Oktober 2014. Semalam punya program.

Program I Want To Touch A Dog, Saya Mahu Sentuh Anjing, Jakim siasat Program I Want To Touch A Dog, hukum sentuh pegang anjing, bolehkah anjing disentuh, Syed Azmi Alhabshi, tujuan program Saya Mahu Sentuh Anjing, gambar pegang anjing
Penganjuran program Saya Mahu Sentuh Anjing oleh Syed Azmi Alhabshi yang bertujuan membantu orang ramai terutama masyarakat Islam untuk mengatasi rasa takut mereka terhadap anjing. 

Program I Want To Touch A Dog bermula 8 pagi hingga 10 pagi itu dibanjiri ratusan umat Islam bagi memberi peluang kepada mereka untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan.

Komen Pengarah Jakim Isu I Want To Touch A Dog

Program I Want To Touch A Dog tidak sepatutnya berlaku dan pihaknya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini. Umat Islam di Malaysia berpegang teguh kepada Mazhab Syafie sudah jelas memperincikan bahawa anjing dan babi itu tergolong dalam najis mughallazah (berat). - Datuk Othman Mustapha
Kredit: Jakim Siasat Program I Want To Touch A Dog 1 2 

Program I Want To Touch A Dog tidak pernah dianjurkan sebelum ini dan ia merupakan kali pertama didedahkan kepada masyarakat, kita orang Islam dan agama sudah menetapkan dengan jelas hukum berkaitan anjing.

Masyarakat Islam dinasihatkan agar mendapatkan pandangan ulama mahupun ustaz sama ada apa yang dilakukan mereka dengan menyentuh, memeluk dan mendukung anjing itu betul dari segi agama dan selaras dengan tuntutan Islam.

power bank

7 comments

segalanya kene balik kpd alquran dan sunnah. mmg tk slh pgg ketika darurat atau alasan yg kuat lg nyata tp bukan saja2 pgg. biarlah jakim jlnkn tugas. kpd org islam yg dah pgg, pergilah cari tanah

Nampak sangat macam ada yang tak kena dengan penganjur tu...

erm...sedih sebab agama islam dan kita melayu islam ni sedang diperkotak-katikkan :(

Mcm.nmpk sgt org islan senang diperkotak katikkan..huhu

Semoga isu ini selesai & mendapat petunjuk Allah... aamiin.

Mcm bodo pun ada xkan la time sekolah x belajar pasal anjing n babi... nmpak sgt pakai tudung skrg justfesyen sbb ilmu agama mcm xda ja...jgn lepas ni ada hari i want to eat pig sudah


EmoticonEmoticon