Cara Atasi Masalah Kekeringan Idea Menulis Blog

Masalah Kekeringan Idea Update Entry Blog

Sebagai penulis blog, kerap kali kita dilanda sindrom kekeringan idea. ‘Oh takde idea la nak buat entry’.  Idea stuck, otak blank, fikiran buntu dan banyak lagi sebab penyebab punca kita kehilangan idea. Ada kalanya ketiadaan idea itu menjadikan blog kita sunyi sepi tanpa entry terbaru.

Cara atasi masalah kekeringan idea update entry blog, mengatasi masalah kekeringan idea menulis blog, cara mendapat idea dan ilham, tips mencari idea penulisan, cara mengelak kekeringan idea, masalah kekeringan idea, panduan menjana idea

Malah aku sendiri sering kali diserang kekeringan idea nak update blog. Tambahan lagi kekangan masa beronline, lagi menambah cabaran diriku konsisten dalam berblog. Sabar k, ada caranya untuk mengatasi masalah kekeringan idea. Nak tahu?

Tips Elak Kekeringan Idea Dan Cara Mencari Idea Menulis Blog

1. Bertenang dan set minda positif
Tenangkan fikiran dan jangan terlalu memikirkan masalah yang dihadapi. Punca utama kita mengalami sindrom kekangan idea ini disebabkan emosi kita sering terganggu. Justeru, sebelum menaip di hadapan komputer, pastikan minda kita dipenuhi dengan fikiran positif serta tiada perkara yang boleh mengganggu fikiran. Bila kita dah bertenang, baru idea dapat dijana dengan baik. Idea mencurah-curah nak update entry terbaru. Menjadikan kita lebih fokus menaip entry blog.

2. Jadikan objek sekeliling sebagai inspirasi
Dapatkan inspirasi daripada objek yang ada di sekeliling kita. Carilah inspirasi daripada gambar, objek ataupun kata-kata semangat daripada orang lain untuk mengolah sesuatu topik blog.

3. Pilih topik entry blog yang kita minat
Topik yang dipilih berasaskan minat boleh meningkatkan kreativiti dan menyebabkan idea kita bercambah dari semasa ke semasa. Bila kita menyukai sesuatu topik, mudah bagi kita nak huraikan isinya, lantaran itu menyuntik elemen kualiti dalam penulisan kita.

Itulah 3 cara yang aku sering gunakan ketika mengalami kekeringan idea nak update blog. Jangan cepat berputus asa jika kita kerap mengalami masalah ketiadaan idea. Cool je wokeh! Semua penulis blog merasakan masalah yang sama dan ianya sudah menjadi lumrah dalam hidup sebagai seorang blogger. Ada pelbagai cara untuk keluar daripada belenggu masalah ini. Apa yang penting, kita sendiri harus bertindak segera mencengkam dada keyboard blog untuk terus menaip dan menyiapkan entry terbaru blog. Happy berblogging!

18 comments

Thanks for the tips. Lagipun SR memang tengah kekeringan idea sekarang ni.. Nak cari idea untuk update blog :)

bagus bagi idea macam ni..saya pun now dah jarang buat entri sebab tak de idea.

nice sharing! cx plak byk benda nak up entry tp tak berapa nak ada masa. hahaha

ada masanya kita memang akan kekeringan idea..tak tahu nak tulis apa..boleh cuba tips ini..

kalau kering idea..kita basahkan.... ehh

thanks for the tips yumida..ni mmg tengah blurr ni

thanks a lot...memang tengah taktau nak cerita apa ni...benar2 membantu sekarang ni...^_^

tips yang membantu,hehe :) tq! :)

Tips yg bagus ni.. klu idea kelaut mmg susah.. fening.. :D

objek sekeliling tu mmg awesome.. sangat membantu.. :D
TQ sis for sharing with us. :D

objek sekeliling tu mmg awesome.. sangat membantu.. :D
TQ sis for sharing with us. :D

kmk suka belek balik gambar pusak. nang ada jak olah sidak nya. hehe

betul tue..selalunya Mv anak3 punya ceta lah jadi mangsa


EmoticonEmoticon