Penganjur I Want To Touch A Dog Dipanggil Jakim

Kontroversi Kempen Sentuh Anjing

Program I Want To Touch A Dog (Saya Mahu Sentuh Anjing) yang bertujuan untuk menghilangkan kebimbangan dan persepsi negatif terhadap anjing, terutamanya di kalangan umat Islam, telah mendapat kecaman hebat. Kempen sentuh anjing tersebut membenarkan masyarakat beragama Islam bebas menyentuh, membelai dan memeluk anjing.

 Program I Want To Touch A Dog, Saya Mahu Sentuh Anjing, kempen sentuh pegang anjing, hukum pegang sentuh peluk anjing, gambar peluk anjing
Seramai 800 peserta yang menghadiri program I Want To Touch A Dog yang diadakan hari Ahad lepas. Penganjur menyifatkan matlamat program tersebut telah berjaya. Terkini, Jakim sedang menjalankan siasatan berkenaan program berkenaan. Penganjur program I Want To Touch A Dog akan dipanggil oleh Jakim bagi mendapatkan penjelasan isu kontroversi kempen menyentuh anjing.


Komen Ketua Pengarah Jakim Kempen Saya Mahu Sentuh Anjing

Menurut mazhab Syafie, umat Islam adalah dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram di sisi Islam. Walaupun Islam meletakkan kaedah 'sertu' apabila terkena najis yang dikategorikan 'mughallazah'. Namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang memegang anjing dengan sengaja. Tindakan tersebut samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya. - Datuk Othman Mustapha

Komen Penceramah Bebas Program I Want To Touch A Dog 

Sikap ihsan terhadap haiwan termasuk anjing bukan bermaksud membela atau membelai, sebaliknya menjaga hak haiwan berkenaan. Walaupun sikap ihsan itu dituntut agama termasuk ke atas anjing, tetapi kempen 'I Want To Touch A Dog' bukanlah cara yang dimaksudkan Nabi Muhammad SAW. Kenapa perlu adakan kempen menyentuh? Bukankah lebih sesuai jika pengisian untuk mengajar bersuci atau kempen ihsan kepada haiwan termasuk anjing yang bersifat universal. - Dr Fathul Bari Mat Jahya
Kredit: Program I Want To Touch A Dog dipanggil dan disiasat Jakim 1 2

Sama-sama kita tunggu penjelasan dari pihak penganjur program. Moga dipermudahkan urusan siasatan kes ni.

power bank

7 comments

banyak lagi binatang lain yang boleh disentuh, kenapa anjing jugak yang menjadi pilihan

Adehh mcm2 diorg ni..ada akal x taw nak guna.

kesian diorang nie..itu la orang tua-tua cakap..lebih baik bertanya dari sesat jalan..

kempen sentuh quran bila pulak nak buat...? dapat pahala berganda lagi...

saya share di blog saya ye.


EmoticonEmoticon