Hebahan Pertandingan Doodle 4 Google
Google Malaysia melangkah setapak lagi
dengan mengumumkan pertandingan Doodle 4 Google, dengan mempelawa
pelajar-pelajar sekolah menyertai dan berkongsi kreativiti mereka untuk mereka
sebuah doodle yang menarik.
Tema Pertandingan Doodle 4 Google
Bertemakan 'Malaysia bagi saya
adalah....' bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014
Kategori Pertandingan Doodle 4 Google
-terbuka kepada para pelajar sekolah
rendah dan menengah. Peringkat umur:
1) 7 hingga 9 tahun
2) 10 hingga 12 tahun
3) 13 hingga 15 tahun
4) 16 hingga 17 tahun
Pertandingan Doodle 4 Google memberi
peluang kepada pelajar sekolah mencipta doodle menggunakan apa sahaja platform
seperti komputer tablet, telefon pintar atau sekadar melakar menggunakan
tangan.
Lakaran tersebut boleh tentang apa
sahaja sama ada mengenai budaya, makanan, kepelbagaian masyarakat, mercu tanda
atau gambaran unik yang melambangkan Malaysia. Apa yang penting ia dihasilkan
dengan penuh imaginasi dan kreativiti.
Contoh Rekaan Doodle 4 Google
Kelebihan Menyertai Pertandingan Doodle 4 Google
Hasil karya pemenang pertandingan ini
bukan sahaja dapat menyertai kumpulan elit ahli bukan Google, malah karyanya
akan dipamerkan pada Hari Malaysia, iaitu 16 September ini.
Tarikh Tutup Pertandingan Doodle 4 Google
15 Julai 2014
Sumber: Utusan
Haa..buat adik-adik kat luar sana.
Sambut cabaran ni. Pamerkan kreativiti korang reka cipta doodle Google ni.
11 comments
Ohh...utk budak sekolah jer ek...
baru nak join.. utk budak sekolah je rupanya.. hihi..
cantiknya lukisan diorang :O
wah....budak sekolah pun tp hasil mmg cantik.. :)
wahhh menarik! bestnyer peluang budak2 sekolah zaman skarang kan?... hehehe~ ^^
blogwalking sambil menabung di sini~ ;3
cantik2 lukisan diorang.. :)
Menarik juga! Boleh menambahkan daya kreativiti pelajar sambil menonjolkan keistimewaan tarikan pelancongan di Malaysia.
masa ni la nak tonjolkan bakat yg sedia ada
Cantik2..
cantiknya..mmg kreatif pelajar skrg..
EmoticonEmoticon