Janji Jaslina Episod Akhir

Drama slot Azalea Janji Jaslina Episod Akhir

Syuk menyapa Jaslina dan menyampaikan pesanan Datuk Kamal. Pada mulanya, Jaslina enggan melayan. Jaslina memberitahu Syuk, sekiranya Datuk Kamal ingin mengatakan sesuatu dia diminta terus sahaja datang kepadanya.


Datin Nora bertandang ke rumah Atira. Sambil membawa barangan shopping yang dibelinya tadi. Dia begitu teruja untuk berjumpa dengan bakal menantunya. Atira, gadis yang ingin dijodohkan buat anaknya iaitu Arif. Tetapi Datin Nora tidak mengetahui Atira mempunyai banyak muslihat.

Kedatangan Datin Nora ke rumahnya membuatkan dirinya resah. Atira kelihatan risau. Seseorang datang dari dapur dan memanggil Atira dengan panggilan ‘Sayang’. Datin Nora berasa terkejut. Merasa dirinya ditipu oleh Atira, dia merasa menyesal menjodohkan Atira dengan anaknya. Atira berdolak dalih dengan mengatakan lelaki tersebut adalah kawannya sahaja. Namun, Datin Nora tidak percaya! Dia rasa tertipu dengan perbuatan Atira. Lantas terus keluar dari rumah itu.

Syuk melaporkan segala apa yang disampaikan oleh Jaslina kepada tuannya iaitu Datuk Kamal. Datuk Kamal memberikan wang yang banyak kepada Syuk atas bayaran menjadi orang tengah antara dia dan Jaslina. Syuk terperanjat! Syuk memberitahu pada Datuk Kamal bahawa dia masih ingin bekerja dengan Datuk Kamal. Dalam hatinya dia sangat gembira menerima wang tersebut.

Iman mendail nombor doktor Arif. Sebaik sahaja nombor tersebut tertera di skrin telefon doktor Arif, dia segera menghubungi balik nombor tersebut. Jaslina mengangkat panggilan tersebut dan doktor Arif bertanya mengapa menghubunginya. Jaslina terkejut dan segera mendapatkan Iman. Jaslina memarahi Iman kerana menghubungi doktor Arif. Jaslina menegah anaknya dari berhubung dengan doktor Arif. Iman merasa sangat sedih.

Atas permintaan doktor Arif, Jalina datang menemui doktor Arif di taman. Doktor Arif memberitahu pada Jaslina bahawa dia ingin memutuskan hubungan Atira. Jaslina bimbang jika nanti dirinya akan disalahkan oleh Datin Nora iaitu ibu doktor Arif. Namun, doktor Arif memaklumkan kepada Jaslina bahawa ibunya sudah mengetahui kecurangan Atira. Lebih mengejutkan Jaslina, doktor Arif meminta Jaslina menggantikan tempat Atira.

Lamaran doktor Arif segera ditolak oleh Jaslina. Dia masih terbayang-bayang akan amaran dari ayah doktor Arif iaitu Datuk Kamal. Doktor Arif meminta penjelasan dari Jaslina, mengapa dia menolak lamarannya. Jaslina mencipta alasan bahawa dia sudah mempunyai orang lain dan bakal berkahwin dengan lelaki tersebut. Mendengar akan hal itu, doktor Arif berasa kecewa.

Di rumah, Datuk Kamal bertanyakan pada anaknya iaitu doktor Arif, mengapa dia berhenti kerja. Doktor Arif menjelaskan dia ingin melanjutkan pelajaran. Mendengar berita itu, Datin Nora menjadi kurang senang. Hatinya gelisah sebaik sahaja mengetahui Arif akan pergi jauh ke tempat lain. Dia tidak mahu keseorangan seperti sebelum ini. Dia ingin Arif sentiasa dekat dengannya. Datin Nora memujuk suaminya agar mencari ikhtiar cara untuk membatalkan niat Arif.

Pintu rumah Jaslina diketuk dengan kuat! Jaslina bergegas untuk membuka pintu. Dia terkejut melihat Rahayu ada di depan matanya. Rahayu mengakui segala kesalahannya pada Jaslina. Dia meminta maaf. Pada masa yang sama, Rahayu ingin meminjam wang daripada Jaslina. Katanya dia ingin pergi jauh dari situ. Jaslina cuba menasihati Rahayu agar menyerah diri ke balai polis. Namun, Rahayu tetap dengan keputusannya. Jaslina masuk ke dalam bilik dan mengambil sejumlah wang untuk diberikan kepada Rahayu.

Selepas Jaslina memberikannya wang, Rahayu ingin segera beredar dari situ. Malangnya, pihak polis telah sampai di situ dan terus menangkapnya. Rahayu menjerit-jerit dan mencemuh Jaslina.

Jaslina datang ke pejabat Datuk Kamal atas urusan kerja. Datuk Kamal meminta Jaslina agar mengahwini anaknya iaitu doktor Arif. Dia menjelaskan niatnya yang sebelum ini. Menghalang Jaslina dari mempunyai hubungan dengan Arif. Namun, sebaik mendengar Arif ingin pergi ke luar negara dia cuba memujuk Jaslina untuk menerima lamaran anaknya.

Melihat cara Datuk Kamal bercakap. Jaslina seolah-olah boleh dibuat sesuka hati. Seperti seseorang yang tidak bermaruah. Jaslina bertegas tidak akan menerima lamaran tersebut!

Datuk Kamal meminta maaf kepada Jaslina atas ketelanjuran perbuatannya. Kini dia mengerti, mengapa anaknya Arif begitu mencintai wanita itu. Wanita yang hatinya tulus, tidak memandang pangkat dan harta. Wanita yang mementingkan harga diri seorang wanita.

Ketika Arif ingin membawa bagasinya ke dalam kereta. Sebuah teksi berhenti di perkarangan rumahnya. Iman keluar dari perut kereta dan segera mendapatkan doktor Arif. Mereka berpelukan seketika. Iman menyampaikan pesanan ibunya, bahawa ibunya tidak membenarkan doktor Arif ke luar negara. Malah katanya ibunya bersetuju untuk berkahwin dengannya. Doktor Arif begitu gembira! –TAMAT-

*Syuk nama sebenar pelakon tu. Aku tak tahu nama dia dalam drama Janji Jaslina ni. Hentam saja la.. Haha! Aku dan hb peminat Syuk Balas, dia comel sangat! Cara dia bercakap unik! Macam comel je…olwes support Syuk Balas. Go go go Syuk!


Begitulah ending Janji Jaslina. Pengakhiran yang membahagiakan. Janji Jaslina episod akhir telah disiarkan petang tadi. Minggu depan drama terbaru. Ermm…apa agaknya tajuk drama slot Azalea minggu depan. Sama-sama kita tunggu..

Janji Jaslina episod akhir. Ending Janji Jaslina. Sinopsis akhir Janji Jaslina.

Pelakon Janji Jaslina

Eira Syazira (Jaslina), Norman Hakim (Johan), Almy Nadia (Rahayu), Nizen Ayob (Dr Arif), Ana Dahlia (Atira), Shaharudin Thamby (Pak Ayob), Fadilah Mansor (Mak Kiah), Mustafa Kamal (Dato Kamal), Raja Emma (Datin Nora), Erry Putra (Fiq) dan adik Wafiy Irfan Ariffin (Iman).

Drama slot Azalea Janji Jaslina
Episod akhir Janji Jaslina ke-20 (ditayangkan pada 1 Mei 2014)
Hari: Khamis
Jam: 4.00 petang hingga 5.00 petang
Saluran: TV3

8 comments

Pernah tgk beberapa kali jak..

akhirnya bersatu jugak kan..

Assalammualaikum... yumida,

best gak cerita nie,,, ending dia kan.. happy ending.

mselim3

Puas hati dengan episod akhir tadi. Hehe :)

dah lama tak layan cerita melayu.. tp tgk iklan cerita ni macam best.. =)

ohhh . mula mula df tgk mcm entah lahh. dah biasa agaknya tgk drama begini hehehe

terlepas episod akhir citer nih.. slalunya drama akan berakhir dengan pengakhiran yg baik..apapun best drama nih..


EmoticonEmoticon