KLIK BANNER UTK JOIN
TAMAT: 28/05/2014
Giveaway
Birthday by Syira Lokman
As salam buat rakan
pembaca,
Dengan berbesar hati Yumida ingin menyeru rakan blogger sekalian untuk
menjoinkan diri untuk giveaway ni. Giveaway gempak! Tak lain tak bukan GA dari
blogger Syira Lokman.
Kenal Syira Lokman? Syira merupakan seorang blogger, wajahnya pernah terpampang di dada media
bulan April lepas. Artikel: Blogger Syira Lokman di Harian Metro. Walaupun
usianya masih muda, namun berbakat dalam nukilan puisi. Malah, isi penyampaian
entrynya juga terkandung mesej. Berpegang kepada kata-kata ini, ‘Semua penulis akan mati.
Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat
membahagiakan dirimu di akhirat nanti’, amat menyentuh hati. Moga kita sama-sama jadikan pedoman
dalam berblogging.
Buat Syira, Yumida nak ucapkan selamat
menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 20 tahun pada 20 Mei ni. Alhamdulillah,
Allah telah memberikan kesempatan buat diri kita dengan bertambahnya angka usia
kita. Yumida berharap agar segala impian Syira bakal tertunai suatu hari nanti.
Dipermudahkan segala urusan harian. Dipertemukan jodoh dengan insan terbaik.
Juga bakal menjadi seorang blogger yang dikenali ramai, bukan sahaja di
Malaysia malah di Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam juga di serata dunia.
Doa di hari lahirmu Syira Lokman
Dengan nama Allah Yang
Maha Pengasih dan Penyayang..
Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini
memohon dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah ..sempena ulangtahun kelahiran rakan bloggerku ini... Syira Lokman. Kau
panjangkanlah umurnya dan kurniakan kepadanya kehidupan yang lebih bahagia dan
berjaya dari tahun-tahun yang sudah. Kurniakanlah kepadanya rezeki yang murah,
banyak, berkat dan diredhai olehMu. Ya Allah...Kau bukakanlah kepadanya pintu
kebajikan, pintu berkat, pintu nikmat, pintu rezeki, pintu kesihatan, pintu
keselamatan, pintu syurga dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat.
Ya Allah..
Ku panjatkan kesyukuran padaMu..kerana masih lagi memberi nafas buat rakan bloggerku.. Syira Lokman. Menginjak angka usia ke satu tahun lagi...Alhamdulillah. Sempena di hari kelahirannya ini, aku memohon kepadaMu..kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat.
Ya Muhaimin..
Ya Allah..
Ku panjatkan kesyukuran padaMu..kerana masih lagi memberi nafas buat rakan bloggerku.. Syira Lokman. Menginjak angka usia ke satu tahun lagi...Alhamdulillah. Sempena di hari kelahirannya ini, aku memohon kepadaMu..kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat.
Ya Muhaimin..
HambaMu ini mengakhiri dengan
permintaan semoga Kau kurniakan segala kebahagiaan, kejayaan, kekayaan dan
keindahan kepada rakan bloggerku ini Syira Lokman. Kau
Jadikan dia hamba yang beriman, bertaqwa, beramal soleh dan bersabar atas
segala perintahMu dan ketetapanMu. Jadikanlah dia sebaik-baik wanita iaitu
muslimah sejati.
Amin Ya Rabbal A’lamin.
3 comments
Goodluck ;)
Zara pon join ! all the best ! =D
ALHAMDULILLAH..TERIMA KASIH SUDI JOIN YE :)
JOM CHECK LINK ANDA..
http://syiralokman.blogspot.com/2014/05/senarai-peserta-giveaway-birthday-syira.html
DAH FOLLOW SEMUA SYARAT KE ? :)
NANTIKAN PENGUMUMAN PEMENANG BEBERAPA HARI LAGI YE :)
ALL THE BEST !
EmoticonEmoticon