KLIK BANNER UTK JOIN
TAMAT: 15/05/2014
Sebab saya suka menggunakan minyak wangi (perfume):
1. Memakai
perfume ialah sunnah nabi
Semestinya
Rasulullah ikutan saya. Saya sendiri suka akan kewangian, so dengan berpandukan
niat mengikut sunnah nabi, insha Allah, sambil berwangi-wangian akan mendapat
ganjaran dariNya. Saya gemar memakai perfume selepas mandi, semasa ke tempat
kerja, pergi ke kenduri, pergi menziarahi sanak-saudara dan sebagainya. Malah,
Rasulullah juga gemar memakai minyak wangi ketika pergi solat Jumaat, pergi ke
masjid dan menghadiri majlis.
2. Perfume
mencetuskan rasa gembira dan tenang dalam diri saya
Wangian
perfume membuatkan saya rasa gembira dan tenang. Ia memberi mood yang baik.
Terutamanya bila saya berdepan dengan urusan yang sibuk. Semburan wangian
membuatkan saya rasa tenang. So, urusan kerja pun dapat diselesaikan dengan
baik dan sempurna.
3. Wangian perfume meningkatkan keyakinan saya
Semua
orang suka akan kewangian. So, bagi memastikan orang sekeliling suka akan
kehadiran saya, saya akan gunakan perfume setiap hari. Bila badan wangi, bila
kehadiran kita disenangi, ia memberikan kita rasa keyakinan! Keyakinan di
tempat kerja sangat penting!
4.
Wangian pelenyap bau peluh/hapak/hancing
Pentingnya
perfume di bawa ke mana-mana, agar kita boleh menggunakannya di saat kecemasan.
Masa bila? Ketika cuaca panas, peluh menitik-nitik bak hujan lebat. Pastinya
menimbulkan rasa kurang selesa, dengan bau badan sekali. Haa..ketika inilah
perfume sangat diperlukan. Saya masih teringat kata-kata Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj. Beliau merupakan motivator terkenal, pernah memberikan ceramah di kampus
saya dahulu. Katanya, kita disarankan untuk menyimpan sebotol minyak wangi
dalam handbag. Untuk digunakan di masa kecemasan, haa.. macam contoh kat atas
tu.
5.
Wangian mengeratkan hubungan suami isteri
Dalam
menambah rasa kasih sayang, perhatian dari suami tercinta, saya akan memakai
wangian. Agar suami saya suka berdampingan dengan saya. Kalau badan busuk,
siapa nak datang rapat? Logik tak? Haa..pasal tu memakai wangian juga penting
agar hubungan kami sentiasa bercambah kasih sayang.
Itulah
antara 5 sebab mengapa saya gemar memakai minyak wangi. Perfume yang saya
miliki biasa-biasa je, harga dalam berbelas ringgit. Nak beli yang berjenama,
rasa kurang mampu. Tapi kalau dapat memiliki Belara Midnight. Wow..beznye!
Awesome! Teringin gak nak merasai pengalaman mahal bersama Belara Midnight.
Insha Allah, kalau ada rezeki.
4 comments
Moga berjaya..
ALL the best dear =D
all the best!! jom join GA ni
http://adna2029.blogspot.com/2014/05/rejab-may-giveaway.html
http://adna2029.blogspot.com/2014/05/may-giveaway-by-irsalina-lovely.html
http://www.unlimitedbeautysecret.com/2014/05/giveaway-i-love-perfume.html
http://www.unlimitedbeautysecret.com/2014/05/giveaway-i-love-perfume.html
saya join jugak , btw good luck yee
EmoticonEmoticon