Lawak Ke Der 3

Program lawak popular, Lawak Ke Der 3 telah pun dipentaskan di Istana Budaya. Pastinya lawak jenaka yang diketengahkan akan menggeletek hati anda! Sebelum ini, Yumida pernah menonton Lawak Ke Der 1 dan Lawak Ke Der 2. Sememangnya bez! Kelakar! Menghiburkan!

Program Lawak Ke Der 3 bakal menyaksikan pelawak Harith Iskander dan Nabil Ahmad dikekalkan selain menampilkan muka baharu di pentas program tersebut iaitu kumpulan Jambu dan juga Douglas Lim.

tonton Lawak Ke Der 3, gambar Lawak Ke Der 3, barisan pelawak Lawak Ke Der 3, Harith Iskander, Nabil Ahmad, Jambu, Douglas Lim

Pastinya, kehadiran Lawak Ke Der 3 menggegarkan pentas Istana Budaya! Lihat pada barisan pelawak musim 3 ni: Harith Iskander, Nabil Ahmad, Jambu dan Douglas Lim..semuanya hebat belaka. Juga masing-masing mempunyai peminat yang ramai! 

Mereka yang ingin menyaksikan Lawak Ke Der 3, harga tiket yang dikenakan adalah antara RM43 hingga RM193. Tiket boleh didapati dengan melayari laman web www.ticket2u.biz atau datang terus ke kaunter Istana Budaya.

Manakala bagi mereka yang tidak sempat menonton persembahan Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya, mulai 31 Disember 2013 anda berpeluang menyaksikan Lawak Ke Der 3 secara eksklusif di ESCAPE selama 6 bulan! Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Lawak Ke Der 3 di ESCAPE.

Apa itu ESCAPE?
ESCAPE merupakan dunia hiburan peribadi yang boleh anda bawa ke mana-mana saja. Dengan ESCAPE anda dapat nikmati pelbagai video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan banyak lagi. Anda boleh memilih untuk membayar dan menonton filem kegemaran dengan sekali bayar atau melanggan akses bulanan tanpa had hanya RM25 sebulan.


Haaa gitu! Yumida pun belum lagi tengok Lawak Ke Der 3 ni. Sama-sama kita saksikan dalam Escape nanti. Tapi kena tunggu hujung bulan ni la. Escape…media baru tonton filem kegemaran kita!

7 comments

tak sabar nak tengok lawak ke der... lawak ke der mmg best!

yeiii.. dah pegi aritu ngan geng blogger yg lain.. syok... mmg tak sabar nk tgk kat escape lak...

http://www.papablogger.my/2013/12/lawak-ke-der-3-dibawakan-khas-oleh.html

Ada yang kata menarik. Jambu pun hebat walaupun takda Jozan :p

teringin sangat nak tengok lawak ke der

dah no3.. yg 2 pun akak tak ngk lagi.. nk kene ngk nie..


EmoticonEmoticon