Laila – Sinetron Astro Ria 104

Sinopsis Laila
Sosok badan perempuan berperwatakan moden dan berpandangan terbuka? Laila (Dewi Persik) salah seorangnya. Bagi Laila, perempuan berhak memutuskan kehidupannya sendiri dan mengejar kebahagiaan. Laila secara terang-terangan menolak lamaran Teguh (Revand Narya), iaitu anak angkat pakciknya. Kerana tidak mahu dijodohkan dengan Teguh, Laila lantas melarikan diri.

Pada masa yang sama, Laila bertemu Daffa (Jonathan Frizzy), jejaka kacak berpendidikan dan mempunyai pendapat yang sama dengannya. Siapa sangka, Daffa merupakan kakak kepada Saskia (Louise Anastasya), sahabat Laila. Daffa melanjutkan pelajaran ke luar negara dan kerana itulah Laila belum mengenalinya.

Sama-sama jatuh cinta pada pandangan pertama! Begitulah situasi antara Daffa dan Laila. Daffa orangnya tegas dan berterus terang, terus melamar Laila di hadapan orang tua Laila, Rasyid (Boy Tirayoh) dan Siti (Lita Suwardi). Rasyid menolak pinangan Daffa kerana telah berjanji untuk menikahkan Laila dengan Teguh. Siti, ibunya Laila menyokong keputusan Laila dengan mengatakan Laila dan Daffa tak akan dipisahkan. Siti berusaha memujuk suaminya agar bersetuju dengan pinangan Daffa.

Ketika Rasyid hendak merestui hubungan Laila dan Daffa, Rasyid terlibat dalam nahas jalan raya. Rasyid meninggal sebelum sempat memberi restu kepada anaknya, Laila. Tiada siapa yang tahu bahawa kecelakaan yang menimpa Rasyid adalan perancangan jahat oleh Teguh. Teguh tidak mengizinkan Laila berkahwin dengan lelaki lain.

Sementara itu, Akbar dan Tyas (pakcik dan makcik Laila juga merupakan ibu dan ayah angkat Teguh) berkomplot untuk mengubah surat wasiat Rasyid. Dalam surat wasiat palsu tersebut, Rasyid meminta Laila untuk berkahwin dengan Teguh. Jika mengingkari surat wasiat tersebut, maka harta warisan Rasyid jatuh pada Akbar sekeluarga.

Laila dalam dilema, antara kebahagiannya sendiri atau menyelamatkan ibu dan adik-adiknya dari ketamakkan Akbar dan Tyas. Kehormatan keluarga adalah yang paling utama. Laila akhirnya bersumpah membujang seumur hidup dan mengabdikan dirinya pada agama.

Sumber: Wikipedia & Indosiar



Gambar drama sinetron Laila
Laila – Sinetron Astro Ria 104, gambar sinetron laila, pelakon laila

Pelakon sinetron Laila
Dewi Persik sebagai Laila
Jonathan Frizzy sebagai Dafa
Revand Narya sebagai Teguh
Poppy Bunga sebagai Andini
Bayu Kusuma Negara sebagai Gading
Louise Anastasya sebagai Saskia
Lita Suwardi sebagai Siti
Boy Tirayoh sebagai Rasyid

OST sinetron Laila: Pura Pura
Penyanyi: Faby Marcellia

Saksikan drama sinetron Indonesia - Laila
Hari: Isnin hingga Jumaat
Jam: 6.30 petang hingga 7.30 petang
Sinetron Laila - ulangan
Jam: 2.00 petang hingga 3.00 petang
Saluran: Astro Ria 104 

8 comments

ingat ke cerita ni x best tapi boleh la kalau nak layan :D

Adam memang selalu layan cerita ni kehkeh

Macam best jer..ada jer abak tngok stu episod..hehe

Haha have fun watching xD
Indonesian drama are addicted as well as Korean and what else? haha.. senang cerita all drama lah kan? lol

xminat cerita indon ni..prefer cite ala2 rosalinda ayamo kot hehehe

Adik sepupu IM sukalah menengok cerita indon ni. Hihi

sik berapa minat kmk nangga cerita indon.. hehe

Nur jarang dah tgk sinetron...


EmoticonEmoticon