Kenali Wanita Melalui Cara Berjalan



1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

sumber: tentangcinta.com
*terjumpa artikel ni dlm Blog Zamzarina
*nak share ngn korang jugak..sekadar suka2  :)
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

49 comments

Owh ,, ada jugak benarnya.. ngeee kena batang hidung sendiri..amekaw !

berhati2 lah ya anda sebenarnya tanpa disedari ada yang perhatikan. Sentiasalah bersopan..apapun, nice entry..

sy jenis 3...jalan menunduk..hahaha ala2 gadis ayu...cittt podah...

Jalan ala zirafah pun hadoo?huhuhu...hiks....

entry ini membuatkan aku tekun melihat org perempuan sedang berjalan. haha

didiey jalan 3 ada,4 pown ada...cmne tu...nk kene konpem kan blk nie..hehe

sis rasa yg ke3 kot..sbb jln mmg xpandang sesapa tiba2 mau langgar...hahaa...

jln cam zirafah? haha.. org tinggi je kot cam tu.. deqla rasanya yg no 3.. sbb nk tgk jln tu seiring x dgn hubby.. haha..camne tu pun bole.. hurm... mmg no 3 la kot sbb deqla pemalu.. auwww...

errr, betul ke sy mcm tu? cara berjalan nom 5.. hoho.. kna betul2 fkr ni kalo ad mslh.. hoho..

Salam Yui, taktau pesen jalan akak camner, hehehe... jalan seperti badan tampak tegak kot, tapi skrg tk leh tegak2 sgt dah sebab bwk perot kan, hehehe...

Sori Yumida, salah sebut name, huhuhu... ya ampun...hehehe~

cara akak jln lak bergantung pada kasut yg akak pakai..kalau pakai heel..ala2 model la ..kalau pakai selipar jepun/jamban..mmg jln bersepah..camne tu ..tak pakai kasut lak..alahai..pijak semut tak mati u..sopan gile hahah.

nurul berjalan mcm nak lari mmg biasa jalan laju..sbb tuh masa kawin kena jalan slow rasa mcm nak jatuh.hahaha.tapi mcm takderjer kat atas berjalan mcm lipas hehe..

ala..tak tahu gaya jalan cane..cane ni?adehhh..

hahaaha ader jugak jln cm zirafah nohh..sy di dot..dot..dottt..hehee

tak tau la sy jln mcm mana.hehe...

Err xtau nak kategorikan sy jln mcm mana

pernah jugak baca tentang ni.

hehehhe lepas ni jenuh la kena sopan santun.ada yg memerhati

huh bahaya nih. ada yang perhati. hehe..

saya suka tunduk bawah. tapi kadang2 pandang kiri kanan jugak :)

M ni kadang2 no3 kadang2 no 4..Macam2 jln ada na...

hehe,
lps ni kena be careful ckit lah ni..kang nti org tgk gaya jln tahu plak kan.hehhehe

hehe...jalan masha yang.....rahsia! ada sikit2 kot....kiki

kmk jln suka menunduk..kdg2 ke dpn..kdg2 tgk kiri kana..siapakah kmk?? haha

Pernah jugak terbaca nie...thanks share yumida..

eh eh.. mcm btul je kan.. mcm kene je kan.. ke kebetulan ek.. hihi.. thanks for sharing the info yerk

saya tak tahu yg mne sy.hehe..mgkin la 5 kot..

kalau berjalan tak pijak tanah mcm mane ehh sis? haha :DD

umm xtau sy jns jln yg cm ne..hehe

nur rasa no.3 kot...sebab kalau berjalan mmg xtgk org dah...hihih

haha mcm mane ni?kekeliruan sebentar.hehe
kalo pegi shopping,kompem jln pndg kiri kanan kiri kanan.kalo jln biase pndng depan je.pndng bwh kang langgar org plak.hihi

sy punya yg mana ek.. kne tanya org ni camne sy jln.. hihi

huhu. tgk situasi jugak ni kan :)

saya selalunya tunduk..nda buat eye contact dngn orang..tp mmg kan prmpn kena tunduk kekekekeke

kalau lya jalan tgk kiri kanan :)

tak dapat nak kenalpasti yang mana satu.. ada juga maksud tersirat ye.. phsychology ni

fuyooo! bleh tau juga dr cara kita jalan ???