Segmen Ceritera Merdekaku by Dunia Zumal

KLIK BANNER UTK JOIN
TAMAT: 16/09/2014

Malaysia telah mengecapi kemerdekaan selama 57 tahun. Alangkah bertuahnya aku dapat menikmati kehidupan berharga di bumi merdeka ini. Aku bersyukur dapat merasai hasil pembangunan dan kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Pastinya keamanan dan kemakmuran negara akanku pertahankan sampai bila-bila.

Berbicara mengenai kisah merdeka, ada 1 kenangan yang mencuit hatiku. Setiap kali teringat balik, pasti membuatkan aku tersenyum seorang diri.

3 buah kelas tingkatan 4 telah dipilih untuk membantu guru-guru dan staf sekolah memasang bendera sempena menjelangnya hari kemerdekaan 3 minggu lagi. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Selepas menerima arahan, aku dan rakan-rakan yang lain dalam group yang sama bergerak ke arah lokasi memasang bendera.

Memandangkan kami dari kelas yang berbeza, agak kekok untuk kami berbual mesra. Sunyi sepi..’krikkrikkrik’. Hanya tangan yang beraksi tangkas membuat kerja.

Zulkifli, orangnya tinggi lampai, kurus, berkulit cerah menjadi orang penting dalam group kami. Tugasnya memasang bendera di kawasan tinggi, pada pagar sekeliling sekolah. Tugas kami pulak mengikat tali bendera pada batang dan menghulurkan bendera yang telah siap diikat pada Zul.

Pada awalnya, segala perancangan kami berjalan lancar. Tetapi pada petangnya turunnya hujan gerimis. Memandangkan hujan tidak begitu lebat, kami meneruskan kerja memasang bendera. Al maklum la semangat nak sambut hari merdeka. Lagi pun ianya nampak cantik bila melihat bendera berkibar-kibar dari jauh sepanjang perjalanan menuju ke sekolah.

Memasang bendera pada bahagian bukit agak begitu mencabar bagi kami. Ditambah lagi dengan ketinggian pagar yang perlu digapai. Kami mengambil kerusi untuk memudahkan Zul memasang bendera. Entah macam mana, tiba-tiba kami semua jatuh tergelincir. Segalanya berlaku sepantas kilat! Dup!! Bunyi yang agak kuat diikuti bunyi mengerang kesakitan.

Bila aku menoleh ke tepi, sah semua orang jatuh bergolek! Zul jatuh agak jauh dari kami memandangkan dia yang berada di atas kerusi. Aku dan kengkawan lain segera mendapatkan Zul. Kot-kot dia cedera, dah la tergelincir di kawasan tinggi.

Tetapi bukan bantuan yang kami hulurkan, hanya gelak ketawa yang tak berkesudahan. Sampai sakit perut kami gelak. Zul jatuh tergelincir hingga terkoyak seluarnya. Menampakkan spendernya yang berwarna merah terang! Walaupun dirinya cuba untuk cover bahagian yang terkoyak tu, namun masih jelas, warna merah terserlah keluar. Bukan kecik bahagian koyak tu. Besar! Hadoi…memang kelakar. Zul bertambah panik bila makin ramai rakan yang lain datang menghampiri. Zul mengambil kerusi untuk menghalang pandangan rakan lain menatap seluarnya yang terkoyak. Yang lainnya masih tergelak geli hati. Nasib baik ada yang hulurkan baju singlet.

Kerja memasang bendera ditangguhkan. Sejak kejadian tu, hubungan aku dengan rakan dari kelas berlainan bertambah rapat. Kami dah tak kekok untuk berbual. Zul pulak..haha..tersipu-sipu malu setiap kali melintas di hadapan kami. Kami pulak yang jadi pelajar nakal mengusik dia. Kenangan lama mengusik jiwa :)


jalur gemilang, bendera malaysia
Salam kemerdekaan ke-57 buat semua

14 comments

Assalamualaikum dan selamat pgi dik Yumida..selamat bersegmen dan semoga berjaya dik..

selamat bersegmen & good luck...^_^

All the best Yumida..nak join juga laa..

Good Luck & All the Best Yumida

Terima kasih Yumida tolong promote ^_^

Pengalaman lalu kita kekadang buat kita tersenyum. Apa pun semoga berjaya dan salam merdeka dari zumal ^_^

Salam Yumida, zumal akan umumkan pemenang pada 20 September 2014 ini, nantikan yer. Sekarang boleh semak link dan berblogwalking sesama peserta di sini http://azmworld.blogspot.com/2014/09/senarai-peserta-segmen-ceritera.html

singgah sini dari segmen yang sama :)
http://www.feetrimahadzir.com/2014/08/segmen-ceritera-merdekaku-by-dunia-zumal.html


EmoticonEmoticon