7 Kesilapan Di Hari Raya Aidilfitri

Kesilapan yang kerap dilakukan di musim perayaan tanpa kita sedari.


 7 KESILAPAN DI HARI RAYA AIDILFITRI


1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.


7 Kesilapan Di Hari Raya Aidilfitri

2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.


3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.


4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.


5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang (Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)


6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.


7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh. Sumber: Kesilapan di Hari Raya Aidilfitri

15 comments

Betul tu Yumida.. alhamdulillah tahun ni banyak dah dapat perbaiki antara kesilapan yang disenaraikan tu..moga2 akan lebih baik lagi di tahun2 akan datang..amin..

thanks for sharing yumida...betul jugak tu

Assalamualaikum dik Yumida..terima kasih atas perkongsian ini..semoga sama2 kita dapat menghindari daripada melakukan kesilapan2 di hari raya..

Terima kasih atas perkongsian..kadang2 kita tak perasan pun sume ni. Macam family emi, kalau balik beraya memang masing2 suka tido ramai2 kat ruang tamu. Lebih happening. Dah jadi mcm kebiasaan pulak. Tahu salah, tapi buat jgk..Hurm,.

point no 5 tu saya ada alpa sikit....adoiiii rasa berdosa pulak. terima kasih untuk perkongsian ni ye yumida :)

Nice sharing. Tq utk info ni :D

Betul.. kekadang jubah wanita menampakan susuk tubuh.. huhu

Biasanya no.1 dan no 2 tu yang menjadi satu adat zaman skrg ni. Ramai yg pandang remeh bab2 hukum bersalaman dan aurat dgn bukan muhrim.
Perkingsian yg baik sis :)

My recent post : Homemade Inai Berbahaya!

ksalahan ni yg slalu org bt..

Assalamualaikum yangg, terima kasih berkongsi ilmu yang berguna ni. alhamdullilah dapat istiqomah diri ketika beraya. in shaa Allah, berterusan jaga aurat dan tatatertib sesama insan ~~~

Kena beringat-ingat selalulah kita ye....

Thanks for sharing yer Yumida ^_^

Kena alert ngan aurat waha msulimah.. insyallah.. jom jaga aurat kita =)


EmoticonEmoticon