Lampu kelip-kelip memang famous
terutamanya bila nak dekat musim perayaan. Tak kisah la apa perayaan sekalipun,
masyarakat memang gemar hias rumah dengan lampu kelip-kelip ni. Bagi aku pulak,
lampu kelip-kelip ni sinonim dengan Raya. Asal Raya je sure terbayang lampu
kelip-kelip. Dah jadi trademark dah. Namun, siapa sangka, lampu kelip-kelip
yang sungguh comel, lagi mencuit hati mampu mengundang peristiwa hitam. Lampu
kelip-kelip Hari Raya disahkan boleh menjadi punca kebakaran!!!
Pemasangan lampu kelip-kelip tidak berkualiti yang dihiaskan pada bahan
mudah terbakar seperti langsir atau bunga plastik, turut dikesan antara punca
rumah terbakar pada musim perayaan kali ini. Mentol lampu perhiasan yang
dinyalakan sepanjang malam menjadi panas dan mudah terbakar apabila terkena
bahan-bahan tersebut.
Terdapat penghuni yang mahu rumah mereka bercahaya lalu dibiarkan lampu kelip-kelip tersebut bernyala sampai ke pagi. Apabila mentol lampu itu panas dan terkena bahan mudah terbakar, tanpa disedari ia menyebabkan kebakaran. Kebakaran yang berpunca daripada barangan elektrik kebiasaannya disebabkan sistem pendawaian lama, litar pintas serta penggunaan elektrik melebihi had.
So, berhati-hatilah bila kita pakai
barangan elektrik ni. Utamakan keselamatan. Waspada penggunaan lampu
kelip-kelip menjelang musim perayaan.
12 comments
sya siap pasang lgi lampu ni kat bilik.tpi on kejap je.bila dh puas hti off balik.tak sngka boleh jdi penyebab kbakaran:( kena hati2lah lpas ni.
bahaya jugak ye...akak takde pasang lampu kelap kelip..tapi lampu biasa berwarna-warnie adalah...
bhaya lmpu raya ni
bahaya rupanya lampu nih..anak sebelum raya baru nih ada juga mintak beli dan pasangkan lampu nih..memang tak layan pun permintaan dia..kat opis pun ada pasang lampu nih..memang kena berjaga2 laa..
memang betul ni..perkara ini boleh dikawal dgn penggunaan yg bijaksana..lampu kelip2 ni melibatkan arus elektrik yg berterusan jadi panaslah..malah ada kes yg short & menyebabkan kebakaran juga..
kalo dah pakai lama pon lampu ni mereput (plastik kan)..
Assalamualaikum dik Yumida..akak pn ada jgk pasang..kat luar rumah,tpi nak tdur Diana bgi off..hehe..
bahya juga erkkk...
Kena beringat2 selalu lepas ni
Kita ni kadang2 nak nampak cantik jer hingga lupa tentang keselamatan..
Tu la bahayanya Yumida. Memang tak pasang lampu ni. =D
ZH Blogger
dulu selalu pasang lampu ni time raya..sekarang dah tak..bahaya jugak lampu ni rupanya..
EmoticonEmoticon