Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta merupakan tema merdeka tahun 2014. Tema ini diambil dalam rangkap pertama lagu Warisan, nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Mendengar sahaja dendangan lagu patriotik ni, sudah cukup membuatkan semangatku berkobar-kobar menjunjung nama Malaysia.

Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta, tema hari merdeka 2014, cara menunjukkan rasa cinta pada negara Malaysia

Perasaanku menjelangnya Kemerdekaan ke-57 Malaysia


Alhamdulillah, syukur kupanjatkan pada Yang Maha Esa. Kerana memberi peluang buat diriku yang bergelar rakyat Malaysia mengecap nikmatnya keamanan bumi Malaysia. Walaupun tahun 2014 ini dipenuhi dengan dugaan yang begitu berat, menyedihkan..musibah inilah yang telah menyatukan hati semua rakyat Malaysia. Bersama-sama berdepan mengharungi musibah dan dugaan dalam menerajui Malaysia.

Rasa gembira dan teruja menanti hari bersejarah buat Malaysia, iaitu Hari Kemerdekaan ke-57 tahun 2014 ini. Malah aku turut membantu suami melekatkan bendera pada kereta tanda sokongan penuh diriku untuk sambutan merdeka. Setiap kali kereta bergerak, setiap kali itu juga bendera berkibar dengan rancaknya. Merasa senang, tenang, ceria..melihat kibaran bendera Malaysia. Alangkah bertuahnya aku hidup di bumi yang telah merdeka ini. Alhamdulillah..

Malah, dengan usahaku telah ku reka cipta sebuah header blog seperti mana boleh dilihat di atas. Comel tak? Moga pembaca blog yang memandang, menyuntik semangat patriotik dalam diri mereka. Menyemai rasa cinta buat negara.

Hari Merdeka, 31 Ogos 2014, aku tidak ke mana-mana. Seawal 8 pagi aku bersedia duduk depan tv untuk menantikan rancangan sambutan Hari Merdeka. Perbarisan, persembahan, kereta berhias..menghiburkan. Alhamdulillah, aku bangga menjadi rakyat Malaysia. Yang telah mencapai kemerdekaan, negara aman damai, masyrakat berbilang bangsa yang hidup harmoni dan bersatu padu. Itulah gambaran perasaanku ketika menjelangnya Hari Kemerdekaan buat Malaysia kali ke-57.

Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta


Lahir di bumi Malaysia merupakan anugerah tak ternilai. Aku bersyukur menjadi rakyat Malaysia yang telah mencapai kemerdekaan ke-57 pada tahun ini. Dapat menikmati arus pemodenan, merasai pembangunan negara yang mana banyak memberi kelebihan buat diriku. Terima kasih buat perwira negara yang telah memerdekakan Malaysia selama ini. Perjuangan akan aku teruskan, mempertahankan kemakmuran Malaysia sampai bila-bila.

Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta, tema hari merdeka 2014, cara menunjukkan rasa cinta pada negara Malaysia

Pengorbanan pemimpin dan pahlawan negara begitu besar jasa mereka pada Malaysia. Aku? Apa sumbangan aku pada negara? Bagaimana aku membuktikan rasa cinta pada negara?

Peranan diriku dalam menyemarakkan rasa cinta pada Malaysia:


1. Hidup bersatu padu dengan kaum/bangsa lain
Indahnya menjadi rakyat Malaysia, walaupun berbilang bangsa tetapi hidup dengan penuh damai harmoni. Alhamdulillah. Perpaduan inilah yang perlu kita kekalkan. Menghormati kaum lain, bertoleransi dan saling bekerjasama pastinya dapat mewujukan kesepakatan. Tiada rusuhan, tiada perkauman. Melayu, Cina dan India semuanya bersatu padu. Apatah lagi di tempat kelahiranku di Sarawak, mempunyai 30 suku kaum etnik. Banyak bukan? Jagalah perpaduan demi keharmonian negara kita yang tercinta.

2. Membeli produk buatan Malaysia
Aku 100% menyokong barangan buatan Malaysia. Sama ada barangan dapur, makanan, pakaian, segalanya ‘Made in Malaysia’. Malah kenderaan yang membawa aku ke hilir dan ke hulu juga daripada jenama Malaysia iaitu Alza. Aku yakin, produk Malaysia begitu berkualiti standing jenama luar negara. Proton, Produa, Midea, Panasonic, Agromas, Ayam Brand, Saji, Jalen, Ramly. Oh kalau nak disenaraikan cukup panjang. Aku berbangga dengan usaha rakyat Malaysia, menghasilkan pelbagai variasi produk tempatan sehingga dieksport ke luar negara. Alhamdulillah. Produk buatan Malaysia..pilihanku!

3. Bersatu padu mengharungi cabaran dan dugaan bersama Malaysia
Tahun 2014 ini begitu banyak cabaran yang diharungi oleh Malaysia. Dengan kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan juga MH17 yang menjadi korban peperangan antara 2 negara besar. Umpama jatuh ditimpa tangga. Namun, aku akan tetap menjadi tulang belakang Malaysia. Bersama-sama mengharungi dugaan yang diterima Malaysia.

4. Berusaha untuk kejayaan dan kegemilangan Malaysia
Akan ku perah segala keringat dan tenaga untuk kemajuan Malaysia. Menjadi pekerja yang produktif agar dapat memantapkan ekonomi negara. Bersama-sama memacu Malaysia ke puncak kejayaan.

Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta, tema hari merdeka 2014, cara menunjukkan rasa cinta pada negara Malaysia
Usaha yang ditunjukkan oleh pelajar UiTM. Tersentuh melihat usaha gigih mereka. Di pekan kecil ini, alhamdulillah masih ada semangat kemerdekaan ditunjukkan.

Merdeka bukan hanya pada laungan sahaja. Tunjukkan usaha, membuktikan cinta kita. Semarakkan semangat kenegaraan dalam diri. Semai rasa kasih, rasa sayang pada Malaysia. Moga kibaran jalur gemilang sekencang cinta kita pada negara. Perpaduan utuh, rakyat hidup bersatu padu. Harapanku agar keharmonian Malaysia berkekalan selamanya. Selamat Hari Merdeka! Malaysia tanah airku.

Kengkawan semua, jom sertai segmen anjuran Denaihati bertajuk Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta. Zahirkan rasa cinta korang pada negara dengan klik di SINI. Jom!

10 comments

Salam Kemerdekaan Kak Yumida !!

Tag ktk:

http://sallyyatiey.blogspot.com/2014/08/segmen-mrs-mustache-bloglist.html

Semoga Allah sentiasa melindungi & menganugerahkan Malaysia dgn kemakmuran serta keharmonian yg berpanjangan... aamiin.. Merdeka!!!

Selamat hari kemerdekaan..

p/s akak tag Yumida untuk segmen http://izzeyda.blogspot.com/2014/08/segmen-mrs-mustache-bloglist.html

Selamat hari kemerdekaan Malaysia yg ke 57....

Selamat hari kemerdekaan..Yumida..

Salam kemerdekaan ke-57 kepada seluruh rakyat Malaysia. Cintailah Negara Kita Malaysia. Malaysia Tumpah Darahku....Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.


EmoticonEmoticon