iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

iPhone 5s? Wow! Telefon pintar tercanggih di abad ini! Memiliki iPhone 5s merupakan impianku semenjak iPhone 5s dilancarkan pada tahun lepas. Namun, belum rezeki lagi untuk aku memilikinya memandangkan harganya di pasaran membuatkan aku belum berkemampuan untuk membeli. Terpandang contest yang dianjurkan oleh Denaihati, menyemarakkan semangat untuk aku turut sertainya! Ini merupakan peluang untuk aku memiliki iPhone 5s dengan percuma! Insha Allah, jika ada rezeki.  

Untuk mengenggam iPhone 5s yang cukup ekslusif ni, ianya memerlukan banyak usaha untuk mendapatkannya. Blogger perlu menyahut cabaran! Cabaran dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pihak penganjur. 

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger, Kepentingan iPhone 5s Sebagai Blogger, Contest iPhone 5s

Tugasan Pertama Cabaran iPhone 5s:
1. Menulis satu entri sebagai tiket untuk ikut serta contest dengan tajuk “iPhone 5s gajet impian setiap blogger
2. Pengisian entri adalah bebas tetapi mesti kreatif dan mengikut cara penulisan blog yang betul dengan memasukan :
-Satu backlinks kepada blog Denaihati.
-Entri mesti tidak kurang daripada 300 perkataan.
-Senaraikan semua blog penaja dengan backlinks. Dapatkan senarai penaja di SINI.
3. Tarikh terakhir menulis entri cabaran iPhone 5s adalah pada 11.59 pm, 24/8/2014.
4. Peserta diwajibkan meletakan satu banner Denaihati di mana-mana posisi di blog anda. Pilihan banner Denaihati boleh didapati di SINI.
5. Sila tinggalkan entri cabaran iPhone 5s di SINI.


Apa Kepentingan Telefon Pintar Pada Seorang Blogger?
Tahun 2009, bermulanya kisah kehidupanku diadaptasi ke dalam blog. Segala aktiviti mengemas kini blog, publish entry, post status Facebook dan Twitter dilakukan menerusi laptop. Ketika itu, aku membayangkan alangkah mudahnya jika memiliki telefon pintar. Boleh update blog, buka Facebook dan Twitter di mana-mana. Februari 2013, inilah pertama kalinya aku memiliki telefon pintar Samsung Galaxy Mini.

Alangkah gembiranya aku, melalui Samsung Galaxy Mini aku dapat beronline di mana sahaja tanpa perlu mengusung laptop yang saiznya cukup besar dan berat. Kerana terlalu banyak menginstall aplikasi, Samsung Galaxy Mini ku menghadapi masalah mudah ‘hang’ dan ‘reboot’. Sedikit sebanyak memang mengganggu rutin harianku beronline.

Selepas iPhone 5s dilancarkan, aku cukup teruja kerana melalui pembacaan pengalaman pengguna iPhone 5s, telefon pintar ni tidak akan mengalami masalah hang dan reboot. Malah iPhone 5s merupakan telefon pintar tercanggih dalam segala hal mengatasi telefon pintar lain! Sebagai seorang blogger, pastinya akan menitikberatkan kelajuan internet di akses, kelancaran telefon pintar berfungsi, boleh buka banyak applikasi dalam satu-satu masa. iPhone 5s..telefon pintar yang ku cari! 

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Tak kenal maka tak cinta. Lepas kenal, baru aku mengerti mengapa iPhone 5s menjadi kegilaan ramai. Dibangunkan dengan sistem operasi iOS 7, iPhone 5s dilabel telefon pintar paling tercanggih dan mesra pengguna! Kehadiran multitasking, notification center dan control center memudahkan tugasan blogger dalam membuat kerja dan mengakses maklumat.

Cip pemprosesan 64-bit melalui cip A7 Apple, ia membawakan kelajuan iPhone 5s sehingga 2 kali lebih pantas. Ciri-ciri inilah yang diingini blogger untuk telefon pintar mereka. Telefon yang berakses lancar, laju, tiada masalah hang, slow, lembab, terstuck-stuck. Malah menerusi pengimbas cap jari Touch ID, ia memberi jaminan akan perlindungan keselamatan data peribadi blogger daripada diceroboh/digodam oleh orang lain. Memang canggih! Dah tak memerlukan kata laluan macam dulu-dulu.

Kamera iSight membuatkan blogger jatuh cinta kerana kualiti gambarnya yang jelas dan terang. Ditambah lagi dengan adanya slow motion (video gerakan perlahan), mode burst yang boleh menghasilkan 10 rakaman dalam masa sesaat sahaja. Kini blogger tak perlu risau untuk ambil gambar di waktu malam, sebab lensa iSight ni boleh memberikan kualiti gambar terbaik walaupun gambar diambil dalam keadaan gelap. Sebagai seorang blogger yang hobinya suka mengambil gambar, ciri-ciri yang ada pada kamera iPhone 5s sememangnya memenuhi impianku. Boleh ambil gambar HDR banyak-banyak dan kongsikan di dada blog, tiada kerisauan lagi untuk snap gambar di waktu malam, juga dapat merakam slo-mo video yang menarik dan dikongsikan di dalam Youtube.

iPhone 5s Telefon Pintar Terbaik Bagi Setiap Blogger
Ada banyak lagi kelebihan yang ada pada iPhone 5s. Ciri-ciri hebat yang dimiliki oleh iPhone 5s membuatkan ianya menjadi dambaan setiap blogger termasuk aku sendiri. Dengan adanya iPhone 5s, memudahkan untuk aku beronline walau di mana sahaja. Terutamanya bagi diriku yang sering travel ke sana ke mari. Berbekalkan laptop..itulah yang membuatkan blogku hidup di alam maya.

Alangkah seronoknya jika memiliki telefon pintar iPhone 5s. Tiada lagi kerisauan jika telefonku diceroboh oleh orang lain. Tiada lagi kerisauan jika telefon akan mengalami masalah hang, stuck, tersekat-sekat atau lembab. Segalanya lancar! Malah membantu aku menguruskan tugasan blogging dengan mudah. iPhone 5s memberikan perkhidmatan terbaik dalam segala hal!

Buat rakan-rakan di luar sana, jom sertai contest iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger. Manalah tahu, andai iPhone 5s ditakdirkan rezeki buat kita. Senyum sokmo sebulan-bulan! So, apa kata try jer. Tak try kita tak tahu. Pssssst! Nak tahu hadiah contest ni? Sila jeling ayat kat bawah.

Hadiah Cabaran iPhone 5s
Hadiah Utama: Tiga unit iPhone 5s 16GB untuk tiga pemenang
Hadiah saguhati: Wang Tunai akan diumumkan jumlah dan kategori di entri yang lain.

Contest iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger anjuran Denaihati.com dengan jalinan kerjasama sponsor lain yang terdiri daripada blogger:


Berikut adalah senarai penaja untuk cabaran iPhone 5S kali ini.

Penaja Utama
Penaja Individu
Japan Budget Trip

Arwah Syuhada Baharudin (http://syuhadabaharudin.com) juga salah seorang penaja. Kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk arwah semuga tajaan ini menjadi sedekah yang terima oleh ALLAH.

16 comments

Ini entri promosi kan... Yumida xsertai ke cabaran iPhone 5s gajet impian setiap blogger?

aah nak join sama. baru dpt buka web denaihati lepas beberapa hari x blh akses lgsg. baru hari ni dpt baca syarat terperinci. iphone 5s mu tunggu daku dtg :)

Semoga berjaya.. Best juga jalan2 tgk post peserta.. :D

Tu dia...panjang berjela! Cabaran baru bermula...semoga berjaya menggapai impian! :)

Selamat berjaya di dalam contest yang hebat ini :-)

good luck yumida! PG memang nantikan entri yumida. takut juga yumida terlepas pandang :)

thanks kak
moga ada rezeki buat kita berdua..insha Allah..iphone 5s jd rebutan..hihi

Selamat maju jaya Yumida. Menarik baca entri ini.

PS: Jemput join segmen saya buat kawan-kawan.


EmoticonEmoticon