Alhamdulillah, menerima bungkusan pos
laju yang datangnya dari Izzlegacy Boutique. Dek excited, terus ku robek
plastiknya. Ku jenguk ke dalam, yey…di dalamnya ada 1 sut baju kebaya nyonya.
Nak tengok? Jom terjah!
Baju kebaya nyonya – kain putih,
bersulamkan benang pink + biru. Gabungan warna yang menarik!
Kain kebaya nyonya – kain hitam,
berserta corak batik berwarna purple + coklat muda. Santek!
First time tau aku memiliki baju
kebaya nyonya. Before ni selalu pakai baju kurung moden je. Terbayang-bayang
dah..betapa ayunya aku menggayakan baju kebaya nyonya ni. Boleh pakai masa ke open
house nanti, majlis ramah tamah Aidilfitri, pergi kenduri. Terserlah keayuanku.
Makasih bebanyak buat Izzlegacy Boutique atas hadiah ni. Moga Izzlegacy
Boutique sentiasa dimurahkan rezeki.
Nak tahu di mana terletaknya Izzlegacy Boutique? Nak tahu jugak barangan apa yang dijual di Izzlegacy Boutique? Jom!!!
Butik Izzlegacy terletak di The
Atmosphere, Seri Kembangan. Izzlegacy Boutique mempunyai lebih kurang 600
design baju kebaya nyonya berjenamakan Izzkebaya. Pergh….memang banyak!
Respon
pelanggan Izzlegacy Boutique selepas membuat belian:
Ramai yang telah membeli kebaya nyonya
Izzlegacy (Izzkebaya) dan sangat berpuas hati dengan sulaman kebaya yang halus
dan jahitan yang kemas.
Rangkaian
produk dijual di Izzlegacy Boutique:
Pelbagai jenis kelengkapan kebaya ada
dijual di butik Izzlegacy seperti kain pareo, kain batik kembang payung, kain
batik selisih, kain songket dan pelbagai jenis kerongsang kebaya. Selain dari
baju kebaya nyonya, anda boleh dapatkan pelbagai jenis produk yang lain seperti
jubah muslimah, baju kurung moden, baju kurung cotton, candy dress, flat shoe,
blouse, tudung bawal, aneka shawls, baju kurung kanak-kanak, dress kanak-kanak,
kebaya kanak-kanak, aneka jenis biskut dan banyak lagi produk dibawah satu
bumbung. Untuk melihat produk-produk di Izzlegacy Boutique, anda boleh layari
laman web rasmi Izzlegacy Boutique dengan klik pada link berikut: http://www.izzlegacy.com
Hebat tak? Banyak pilihan, banyak
design, banyak warna…pastinya memenuhi cita rasa kita semua! Boleh order kebaya
nyonya mengikut saiz tubuh badan kita. Hingga yang saiz super XXXXL pun ada!
Jom bergaya dengan kebaya nyonya di Izzlegacy Boutique!
12 comments
Cantekkkk ;D
Assalamualaikum yangg, comelnya. sheila tak reti sangat berkebaya ni. pernah ada satu koleksi je warna pink. tu pun dapat free masa jadi dulang girls anak bos nikah tahun yang lepas2. hihiii
Assalamualaikum dan salam singgah dik Yumida...cantiknyer kebaya nyonya tu...
Assalamualaikum dan salam singgah dik Yumida...cantiknyer kebaya nyonya tu...
Assalamu'alaikum Wrmbth,
Eh eh.. Sama pula kebaya ni dengan header baru blog yumida ya
Adakah ini suratan atau kebetulan
HAri hari tengok header.. Lama lama jadi betul
Oh header ramdhan harii tu yumida.. dah tukar lagi baju baru :) Header naik skuter tu
wah cntknye
Msti cntik bila d pkai
cantik betul.. sama laa xpernah ada lagi koleksi kebaya nyonya.. tapi sekarang lebih selesa pakai baju kurung dan baju kurung moden.. memang rezeki Yumida.. tahniah Yumida..
cantiknya..
Wow .cantiknyerrr ............Mesti cantik bila Yumida yang memakainya ..
cantiknya kebaya..akak suka kebaya macam ni
EmoticonEmoticon