Facebook Bakal Disekat?

Asal buka Facebook je, heboh pasal isu Facebook bakal disekat. Ada yang bengang, ada yang kurang bersetuju, ada yang cool ‘ok je kalau Facebook ditutup’.

Facebook Bakal Disekat? Facebook di Malaysia akan ditutup, Facebook Malaysia akan diblock.
Bawa bertenang yer semuanya. Actually, ianya masih di peringkat awal. Hanya dalam proses pemantauan, kajian. Belum lagi disahkan laman sosial Facebook ditutup/ disekat. Jom baca kenyataan berikut.

Kerajaan sedia mengkaji kewajaran menyekat laman sosial Facebook (FB) susulan pelbagai penyalahgunaan laman sosial Facebook. Kementerian akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung perkara itu. Jika orang ramai berpendapat Facebook harus disekat, kita bersedia melihat (perkara itu) tetapi ia pendekatan yang radikal. Adalah mustahil untuk menyekat laman sosial itu kerana jumlah akaun pengguna tempatan adalah 15 juta berbanding hanya 2,000 laporan penyalahgunaan diterima. Ramai orang berniaga guna Facebook, jalin hubungan kekeluargaan dan tak ada kena mengena dengan politik pun... aduan kita terima sekitar 2,000 saja. Apakah dengan 2,000 laporan itu kita nak sekat sepenuhnya, itu kita perlu tengok balik. - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Haaa…cenggitulah kisahnya. Bagi aku pun amat mustahil kalau pihak atasan nak sekat, block Facebook. Konsepnya sangat mudah, laman sosial ni..kalau kita gunakan ke arah kebaikan, banyak manfaat diperoleh. Tapi, kalau kita gunakan untuk keburukan, bahana yang diperoleh. Kita sebagai pengguna laman sosial harus sentiasa berwaspada agar tak mudah tergoda, tertipu oleh penyalahgunaan pengguna laman sosial Facebook yang lain. Kesemuanya terletak dalam diri kita.

21 comments

Ya betul tu Yumida..semuanya terletak pada diri kita sendiri untuk menggunakan fb tu ke arah kebaikan atau sebaliknya..

betul tu, tepuk dada, tanya diri...

Assalamualaikum..setuju sangat..janganlah kita salah gunakan fb...

Yup..at the end of the day, kita sebagai pengguna yang menentukan segalanya kan..

Assalammualaikum... yumida,

moga2 laman sosial nie dapat digunakan pada jalan kebaikan ... berniaga, menjalin persahabat, dll...

mselim3

sekira nya pguna lama sesawang bijak mgunaakan khidmat sosial ni.. insyllah.. lebih byk kbaikan di perolehi drpda kburukan.. kan sis ? =)

Sebab Nila setitik...

Apa jua laman social ni perlulah di pantau oleh pengguna sendiri ke arah kebaikan. Ada baik buruknya.

Tetapi bagi Fuza, hanya Facebook untuk Fuza berhubung dengan Mr Husband yang bertugas di luar Negara.
Facebook juga punca medium Fuza berniaga online kecilan
Facebook juga tempat berkomunikasi dengan dunia sahabat kerana Fuza suri rumah


Kalau nak SEKAT boleh ..tak der masalah tapi kena fikir banyak jugak la lepas ni ..Tapi kalau di sekat ada jugak baiknyerr ..Kita pakat2 sokong yang ISLAM punya ..UMMALAND kan ada ...........

Sama2 kita nilaikan kepentingan dan kebaikan FB untuk kita ..................

Yup betul tu sis. Semua bergantung kat kita sebgai pengguna. Dalam setandang pisang ada la yang rosak, sama la konsep pengguna. Xsemua yg berhemah :)

Jemput singgah sis My recent post : Layan Citer Filipina Terbaru Tv3!

semua brgantung pada diri sendiri..kalau kearah kebaikan baikla juga

Tak kisah sangat. Just kalau tutup tu tak dapat la share blog dekat FB. Hehehehe.

ZH Blogger

singgah beraya di blog yumi...selamat hari raya..maaf zahir batin.
tu la pasal..gunalah kemudahan dgn sebaiknya

perghh! nak disekat???hmmmm... bnyk reaksi niee...

habislah bila fb takde...hehehe....mybe takkan disekat kot..mungkin cuma dipantau sahaja...


EmoticonEmoticon