Ketagihan internet kini dianggap satu bentuk ketagihan alaf baharu yang
menular pantas di seluruh dunia khususnya dalam kalangan golongan muda. Khasnya
aku sendiri. Ada kalanya, aku sendiri turut ketagih internet tanpa disedari. Tapi
bila line internet slow, ketagihan beransur lenyap. Ye la…siapa sanggup tunggu
depan lappy berjam-jam semata-mata nak tunggu line internet pulih.
Ketagih internet merujuk pada pergantungan kepada internet, ketagihan
teknologi dan penggunaan komputer patologi. Lebih memburukkan lagi, kemajuan
teknologi telefon bimbit dan pelbagai jenis gajet pintar di pasaran yang
menyebabkan ramai pengguna menghabiskan terlalu banyak masa dengan melayari
laman sosial seperti laman Facebook, Instagram, WhatsApp, Keek, dan Twitter.
Statistik menunjukkan 72% daripada 18.6 juta pengguna internet
tempatan adalah golongan muda seawal usia mentah tujuh tahun hingga berusia 35
tahun.
Rata-rata pengguna internet mendapat akses mudah dari rumah, tempat
kerja, institusi pengajian tinggi (IPT) atau gajet pintar, selain banyak
kemudahan internet yang mudah dan pantas untuk komuniti luar bandar termasuk
Pusat Mini Jalur Lebar Komuniti, Pusat Internet 1Malaysia dan Kampung Tanpa
Wayar 1Malaysia yang terdapat di seluruh negara.
Generasi muda yang mempunyai ketagihan yang teruk pada internet
dinasihatkan agar seimbangkan pengurusan diri dengan penggunaan internet. Buat jadual,
pembahagian masa. Agar tugasan dan tanggungjawab kita sebagai manusia di bumi
ini berjalan dengan lancar.
8 comments
ain pun tergolong ketagih internet.huhu..tapi salurkan pada manfaat blog sahaja..
Assalamualaikum dan salam singgah selasa dik Yumida..akak pn sama..dah ketagihan internet jgk..tpi untk yg memberi faedah dan mendatangkan faedah..
mmg sakit bila dh ketagih nie.
x dpt sehari x tauler cmner life.
sy pun dah ketagih internet gak.
yup..kne seimbangkann kalau nk melayari internet nie..
somtime zara pon mcm ni.. huhu.,akses internet peroleh dr tempat kerja dan rumah jugak.. heeee.. tp kena bpada2, kawal masa ngan internet sb nnti masa kita lbh byk ngan internt bbanding kluarga =)
yup saya pun ada kalanya addict jugak.. setiap masa nak line internet ok.. selalu akses internet xkira berada di tempat kerja dan juga di rumah..
Sesekali jer huhuhuhu ..kita ni kena seimbangkan mana yg perlu dan tak perlu..
EmoticonEmoticon