Sabtu lepas, aku dan hb pergi ke Oya semata-mata nak menikmati hidangan
makanan kat sana. Selera Hujung Kampung Oya merupakan nama tempat tu. Kat sini,
pelanggan boleh order apa sahaja hidangan masakan yang tertera dalam buku menu
mereka. Boleh pilih saiz hidangan sama ada untuk RM5 atau RM10. Semestinya aku
akan pilih RM5, kang tak habis kalau pilih RM10. Nak makannya 2 orang je. So
pilih ikut kuantiti yang boleh dihadam oleh perut.
Selera Hujung Kampung Oya
Menu yang di order
-nasi 2 pinggan
-tomyam
-umai
-sotong goreng
-kangkung goreng belacan
-air laici
-air bandung soya
Actually nak order udang buttermilk. Tapi udang takde. So itu sahaja menu yang di order. Apa yang menariknya kat tempat makan Oya ni, sambil makan kita boleh menikmati pemandangan laut. Kat tepi pantai. Cantik u olls! Sejuk..angin pantai katakan. Lokasi dating paling strategik. Romantis gitu rasanya.
Oh ya…ada 1 lagi tarikan yang membuatkan aku teruja nak makan kat Oya ni. Murah! Iye..untuk kesemua hidangan yang kami order tu, kesemuanya hanya RM26.30 sahaja! Murah kan? Aku pun terkezut bila dia sebut amount tu. Ni bikin hatiku meronta-ronta nak makan kat situ lagi. “Kelak kita makan kat sia gik bang, nyaman eh! Murah gik ya. Kelak mok order banyak-banyak. Loba sik? Haha”.
Info tempat makan Selera Hujung Kampung Oya
Masa beroperasi: 3 petang hingga 10 malam
Hari: Setiap hari dibuka
Lokasi: Oya, Sarawak
11 comments
Wah murahnya...kalau pergi Serawak boleh singgah ni...
murahnya..:)
teringin nak gi sarawak
sedapnya :)
tempat santai yea ^^
baru je balik dari sarawak, tp tak tau lak tempat ni..huhuhu
tak pernah lagi gi sarawak..teringin rasanya nak ke sana
Tepi pantai yakah? Hehe. Dekat jak ngan kampung kmk ya ;D Pernah juak makan sia dlok. Nang murah bah. Hehe
I love sarawak
nice place to visit...
wow..kena catat dalam diari..kapan2 bisa kesana
nyamannya,telan air liur jaklak kmk tuk....lamak dah sik mkn umai......
EmoticonEmoticon