Siti Nurhaliza Ikon Malaysia

Datuk Siti Nurhaliza, namanya cukup dikenali bukan sahaja di Malaysia, bahkan di Indonesia, Singapura dan negara jiran. Malah aku sendiri amat meminati vokal beliau. Merdu! Lagunya bergema sepanjang aku meniti usia kanak-kanak hingga meningkat remaja. Tak pernah bosan. Semua lagu Datuk Siti Nurhaliza aku suka! Aku amat respek beliau sebab Datuk Siti Nurhaliza memiliki rekod artis yang bersih. Takde kontroversi, takde cari gaduh dengan artis lain. Selebriti contoh!

Siti Nurhaliza Ikon Malaysia , Malaysia Book of Records
Datuk Siti Nurhaliza menerima anugerah Ikon Malaysia

Siapa sangka Datuk Siti Nurhaliza telah memiliki 222 anugerah. Banyak giler! Ni satu ruang tamu confirm tak muat letak hadiah. Anugerah ni Datuk Siti Nurhaliza dapat melalui pengiktirafan dalam dan luar negara. Datuk Siti Nurhaliza telah banyak menyumbangkan dalam bidang seni sehingga kini beliau dinobatkan Ikon Malaysia oleh Malaysia Book of Records (MBR). Tahniah diucapkan buat Datuk Siti Nurhaliza! Datuk K sure tengah tersenyum girang ni. Alhamdulillah…kejayaan buat Datuk Siti Nurhaliza. 

“Pengiktirafan ini juga mencetuskan motivasi untuk Siti terus memberikan sumbangan yang termampu kepada industri muzik tanah air,” - Datuk Siti Nurhaliza

Lagu terbaru Datuk Siti Nurhaliza bertajuk Jaga Dia Untuk Aku.

Tahniah buat Datuk Siti Nurhaliza atas penganugerahan sebagai Ikon Malaysia. Malah pernah juga menang sebanyak 7 kali dalam anugerah Bintang Paling Popular dan 13 kali dinobat Penyanyi Wanita Popular ABPBH. Fuh…glamour Datuk Siti Nurhaliza!
Sumber: Bharian

16 comments

tahniah dato ct..dia memang terbaik

Yang baik jadi tauladan..semoga terus success..insyaAllah..

salam yumida..lya baru brkesempatan jengah cne..bz sikit.memang diakui kehebatan dato siti

fuiyo.. boleh dikatakan sumper inspirasi yg takde kontroversi..

Memang pantas nih buat Siti....

Assalammualaikum... yumida,

Dato Siti memang terkenal . .. tidak dapat dinafikan. Sering menjaga penampilan dan tuturkata.

mselim3

coz tulah minat dato CT..hee..anda di tag http://hunyieda.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award.html

tahniah dato siti :) dari dulu menten je reputasi

syabas dato siti.. =) ~ mmg dri dlu smpai skarang still meminati nya.. dato, u're deserve to get that icon award.

Syabas...rasanya kalau ikon sebagai penghibur di Malaysia, beliau memang layak sangat!

fuyooo.. thniah Dato' siti =)

tahniah dato ct..dari dlu hingga kini reputasi maintain ok jer..


EmoticonEmoticon