Sinopsis Heart S2

Sinopsis Drama Sinetron Heart S2

Drama Sinetron Heart S2 atau Heart Series 2 merupakan kesinambungan filem Heart. Yang mana pernah dilakonkan oleh Acha Septriasa, Irwansyah dan Nina. Sinetron Heart Series 2 menampilkan sebuah kumpulan band muzik di sekolah iaitu The Rocketz. Band tersebut dianggotai oleh Farel (Adipati Dolken), Bevan (Aditya Suryo) dan Endo (Joshua Otay). The Rocketz merupakan band kegemaran pelajar di sekolah. Band mereka sangat popular terutama menjadi kegilaan oleh pelajar perempuan.

Selesai membuat persembahan, pelajar perempuan berebut-rebut memberikan kado kepada ahli band The Rocketz. Namun, ketua pelajar iaitu Rachel (Yuki Kato) hanya membenarkan pelajar perempuan memberikan kado kepada Bevan dan Endo sahaja. Melihat situasi itu, Farel yang merasa dirinya idola pelajar perempuan resah apabila dirinya tidak menerima kado.

Farel, Rachel, Bevan, dan Endo mempunyai hubungan yang sangat akrab. Rachel menyimpan perasaan terhadap Farel semenjak mereka berkawan dari kecil. Namun Farel tidak menyedari perkara itu. Termasuk Endo yang kelihatan seperti kebudak-budakkan. Hanya Bevan yang menyedari perubahan sikap Rachel terhadap Farel.

Vandra (Sahila Hisyam), seorang pelajar yang cantik dan kaya di sekolah berasa iri hati terhadap Rachel. Ini kerana Rachel sering dilihat bersama dengan Farel. Pada masa yang sama, Bevan dan Endo tergila-gilakan Vandra. Vandra menyukai Farel, tetapi Farel tidak menyukai Vandra. Baginya, Vandra seorang gadis yang sombong dan kasar.

Luna (Pamela Bowie) terpaksa tinggal di Singapura bersama ayahnya, Adam (Ikang Fawzi), untuk menjalani perubatan. Dalam diam Luna selalu memantau Farel melalui YouTube, Twitter dan Facebook. Farel sendiri tidak mengetahui akan Luna yang sentiasa  memerhatikannya dari jauh. Ketika Luna kembali ke Indonesia, dia mempunyai guru persekolahan di rumah yang bernama Bu Sarah (Sylvia Fully) yang diminati oleh Adam. Malah  Rachel, Farel, Endo, dan Bevan juga mempunyai guru yaitu Pak Hardi (Gary Iskak) dan Pak Herkules (Kemal Palevi).

Suatu hari, ayah Rachel datang ke rumah membawa sepupu Rachel iaitu Olivia (Olivia Jensen). Rachel terjatuh ke kawasan curam dan akhirnya terlantar di hospital. Pada masa yang sama, Luna menghidap kanser hati. Dia memerlukan penderma hati.  Selepas mengetahui akan penyakit Luna, Rachel membuat wasiat untuk mendermakan hatinya kepada Luna.

Demi melihat Farel dan Luna bahagia, akhirnya pemindahan hati berjaya dilakukan. Rachel meninggal dunia dan digantikan saudara kembarnya iaitu Olivia. Olivia meneruskan permintaan Rachel iaitu untuk menyatukan Farel dan Luna. Akhirnya Farel dan Luna berjaya disatukan, manakala Olivia pula disatukan bersama Boy.

Heart S2 drama Sinetron Astro Ria yang menarik untuk ditonton! Baca:

Gambar Heart S2

Heart Series 2. Heart S2. Sinopsis Heart Series 2. Gambar Heart Series 2. Sinetron Heart Series 2 Astro Ria. Pelakon Heart Series 2. Yuki Kato – Rachel, Olivia Jensen – Olivia, Adipati Dolken – Farel, Pamela Bowie – Luna, Sahila Hisyam – Vandra, The Rocketz.

Saksikan Sinetron Heart S2
Hari: Isnin - Jumaat
Jam: 2 petang – 3 petang
Saluran: Astro Ria 104

2 comments

Sama jak macam Heart filem ya jalan cerita nya..

wah2 sapa yg tgk citer nih blh agak dah jln cerita sbb ikut jln citer filem Heart..


EmoticonEmoticon