Lee Wah & Hayati tersingkir Konsert Kilauan Emas 4 minggu 2

Lee Wah & Hayati tersingkir Konsert Kilauan Emas 4 minggu 2
Tan Lee Wah atau Leewah, 43, dari Perak dan Habsah Rohayati Ahmad (Hayati), 47, dari Pahang tersingkir di Konsert Kilauan Emas 4 minggu 2

Lee Wah yang menyanyikan lagu Bila Bunga Berguguran nyanyian Fauziah Ahmad Daud, manakala Hayati menyampaikan lagu Nazam Berkasih (Syura) terpaksa menerima hakikat mendapat undian terendah berbanding 11 peserta lain. Lantaran itu, Lee Wah dan Hayati tersingkir Konsert Kilauan Emas 4 minggu 2.

Lee Wah mendapat markah 40.16 % melahirkan rasa bangga kerana berjaya menjadi peserta berbangsa Cina pertama dalam program realiti Kilauan Emas musim 4. Manakala, Hayati memperoleh undian sebanyak 38.25 %.

Komen Lee Wah sebaik tersingkir dari Konsert Kilauan Emas 4 minggu 2:
Saya tak terkejut kerana sudah bersedia dengan apa juga keputusan. Rezeki saya cuma sampai setakat ini. Saya akan terus turun padang bagi menyokong kawan lain selepas ini.

Komen Datuk Ramli MS penyingkiran Lee Wah dan Hayati:
Jujurnya kami tak menilai Lee Wah dan Hayati sama seperti Zain. Markah yang diberikan sama rata cuma mungkin undian SMS tidak memihak kepada mereka.
Sumber: Hmetro

Artis undangan Konsert Kilauan Emas 4 minggu 2:
 Nurul Wahab yang menyampaikan lagu Cinta Azali, Illa Sabri (Keranamu Kekasih), Datuk Shah Reza/ Ebby Saiful/ Isma Alif (Marah-Marah Sayang), Noraniza Idris (Mengemis Rindu), Nadia (Salam Untuk Kekasih) dan Shima (Teringin).

8 lagi peserta yang kekal bersaing dalam Konsert Kilauan Emas 4 minggu 3 di minggu hadapan ialah Abdul Ghani Tahil atau Wakgan, 67, dari Singapura; Omar Sharif Mat Din, 42, (Arip - Pahang); Md Zain Ramli, 45 (Zain-Selangor); M Selvalingam, 54 (Silva-Melaka); Muhaiyah Harun, 55 (Maya-Negeri Sembilan); Aziana Ab Kadir, 46 (Aziana-Terengganu); Zuraidah Mohd Zain, 41 (Raida-Kuala Lumpur) dan Jokepli Hamdi, 50 (Joi-Sarawak).

Nak tahu tema Konsert Kilauan Emas 4 minggu 3?
Rock dan dangdut

3 comments


EmoticonEmoticon