Harta karun syiling emas ditemui di Pulau Nangka

Rupanya dakwaan harta karun di Pulau Nangka, Melaka tu benar! Ingatkan hanya ramalan je. Wah, excited giler! Happy! Setakat ni penemuan syiling emas ditemui jam 11.15 malam tadi.

Sebut pasal syiling emas, mata aku dah berbling-bling dah. Berkerlipan disinari emas. Harta karun peninggalan orang zaman dahulu buat tatapan generasi kita masa kini. Melaka yang penuh sejarahnya, kini glamour dengan harta karun emas. Pulau Nangka, Melaka menyimpan khazanah medal tembaga berupa syiling emas dalam peti harta karun.

Gambar syiling emas ditemui di Pulau Nangka

Penemuan emas di Pulau Nangka. Gambar syiling emas. Gambar medal tembaga. Harta karun syiling emas ditemui di Pulau Nangka, Melaka. Harta karun syiling emas zaman Kesultanan Melayu Melaka. Peti harta karun di gua Pulau Nangka. 96 peti besi yang mengandungi pelbagai syiling emas, emas dan barangan berharga.
Syiling emas yang dikenali medal tembaga ditemui di gua Melaka

Syiling emas itu ditemui semasa kerja-kerja pengorekan yang dilakukan di salah sebuah lubang yang dipercayai di dalamnya terdapat harta berkenaan. Sekurang-kurangnya terdapat 5 buah peti besi yang dipercayai mengandungi emas di ruang berkenaan daripada 20 bilik yang terdapat di dalam gua itu. Imej imbasan mengesan 96 peti besi yang mengandungi pelbagai syiling emas, emas dan barangan berharga yang dikatakan disembunyikan semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka bagi mengelak diceroboh pihak Portugis terkandung di gua berkenaan.
Sumber: Astro Awani

Hope kerja mengorek harta karun yang mengandungi emas di Pulau Nangka, Melaka dipermudahkan. Hmm..bila dah jumpa kesemua emas tu nanti. Nak buat apa erk? Adakah diletak di muzium? Atau hasil harta karun tu nanti diberikan kepada rakyat Melaka? Happy nya..kat Malaysia ada gua harta karun. Khazanah yang sangat berharga! 

2 comments


EmoticonEmoticon