Gambar mangsa feri karam

Gurauan menjadi kenyataan. Menyeramkan! Beberapa minit sebelum feri karam, mereka sekumpulan bergurau seolah-olah feri itu akan karam. Ala-ala dalam cerita Titanic tu. Guess what? Ianya benar-benar terjadi.

Feri Sewol karam di Lautan Atlantik
 Feri Sewol karam di Lautan Atlantik

16 April 2014 mencatat sejarah hitam apabila sebuah feri yang membawa 476 orang penumpang di Korea karam di Lautan Atlantik. 325 daripada mereka terdiri daripada pelajar sebuah sekolah tinggi. Angka kematian mencatatkan seramai 226 orang manakala 76 mangsa masih hilang.

Satu rakaman telefon bimbit berkamera yang memaparkan sekumpulan pelajar berada di atas feri Sewol beberapa minit sebelum ia terbalik dan karam menunjukkan mereka bergelak ketawa dan berjenaka tentang kapal Titanic yang karam di Lautan Atlantik. Klip video itu dirakam oleh seorang pelajar berusia 17 tahun yang mayatnya kemudian ditemui bersama telefon bimbitnya di dalam feri tersebut.

"Tolong, selamatkan saya," kata seorang pelajar lelaki secara berjenaka manakala seorang pelajar lain menyatakan klip video tersebut menyeronokkan untuk dimuat naik ke laman perkongsian sosial Facebook. 

Rakaman video itu juga menunjukkan seorang pelajar (dalam bulatan) berbual dengan rakannya.

Dalam rakaman video telefon bimbit Su-Hyeon, beberapa pelajar sekolah yang merupakan rakannya bergurau beberapa minit sebelum feri itu karam.
Sumber: Kosmo  

12 comments

mun org tua2 dgr kita berguro kedak ya nang dah kenak leter. huhu. tapi tedah nangga sidak owh. huhu

hmm sebab tu jangan bergurau dgn bnde yg sensitif.
Allah huhuh

allah. mcm2 benda pelik yg berlaku sekarang ni.

*dunia akhir zaman :(

tulah mulut masin sangat,,well ape2 pon harap kejadian feri and kehilangan mh370 dapat dijadikan teladan..

Nak bergurau pun kenalah hati2. Allahu..

Ish3.. berani nya berguro mcm ya..

Masin mulut org yg bergurau tu huhu...

Org kata, jaga mulut kalau berada ditengah laut atau didalam hutan...hmm wallahu'alam..

itulah mulut kena jaga.. klu jen masin mulut, mcm ni la jdnya.. apapun apa yg jd kita jadikan sbg teladan di masa akan dtg..


EmoticonEmoticon