The Strange Housekeeper | The Suspicious Housekeeper – sinopsis drama Korea

Drama ni tengah hot kat TV, bakal tamat dah ni. Sedar tak sedar, drama Korea ni semakin bertakhta di hati. Hohoho… Choi Ji-woo sebagai Park Bok-nyeo seorang pembantu rumah yang sangat misteri! Membuatkan hati Yumida ni excited nak tengok minggu ke minggu. Dah minat drama Korea…layan je la….hoho…

Drama Korea: The Strange Housekeeper
Juga dikenali: The Suspicious Housekeeper
Genre drama: Kekeluargaan, misteri
Jumlah episod: 20

Sinopsis The Strange Housekeeper | The Suspicious Housekeeper
 Drama ini mengisahkan pembantu rumah yang dikenali sebagai Park Bok Nyeo, yang diupah bekerja di sebuah rumah. Majikannya baru sahaja kematian isterinya dan tinggal bersama 4 orang anaknya. Park Bok Nyeo seorang yang pelik! Penuh bermisteri! Dia seorang pembantu rumah yang sempurna pada pekerjaannya. Tetapi tidak pernah senyum dan tidak pernah menceritakan kisah silamnya. Park Bok Nyeo membantu memulihkan keluarga majikannnya daripada kesedihan dan membina ikatan perhubungan mereka sesama sendiri.

Siapa sangka pembantu rumah yang cekap dalam tugasannya mempunyai kisah silam yang penuh misteri! Park Bok Nyeo melakukan apa sahaja arahan yang diberikan kepadanya. Dia kehilangan ayahnya semenjak kecil, berdepan dengan ibunya yang sentiasa membencinya, ayah tirinya yang cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya. Malahan kehilangan suami dan anak kesayangannya dalam insiden kebakaran. Semuanya bermotifkan pembunuhan!

Eun Sang-Chul (Lee Sung-Jae) majikan Park Bok Nyeo mempunyai hubungan sulit dengan rakan sekerjanya. Kerana itulah isterinya membunuh diri. Dia berdepan dengan masalah dalam berkomunikasi dan membesarkan anaknya setelah isterinya meninggal dunia. Park Bok Nyeo muncul dan membantu keluarga tersebut dengan penampilan dirinya yang penuh misteri!
 Sumber: 1, 2 & 3

Pelakon The Strange Housekeeper
Choi Ji-woo - Park Bok-nyeo
Lee Sung-jae -  Eun Sang-chul
Kim So-hyun -  Eun Han-kyul
Chae Sang-woo -  Eun Doo-kyul
Nam Da-reum -  Eun Se-kyul
Kang Ji-woo - Eun Hye-kyul
Wang Ji-hye - Yoon Song-hwa
Park Geun-hyung -  Woo Geum-chi
Shim Yi-young - Woo Na-young
Jang Seo-won - Lee Dong-shik
Kim Hae-sook -  Pengurus agensi pembantu rumah
Song Jong-ho -  Jang Do Hyung / Seo Ji Hoon
Jung Suk-yong -  Shin Jung-man
Bang Eun-hee - ibu Eo-jin's
Lee Seung-hyung - ayah Eo-jin's
Park Ji-bin -  Shin Woo Jae

Gambar The Strange Housekeeper
GAMBAR The Strange Housekeeper, SINOPSIS The Strange Housekeeper




OST The Strange Housekeeper

Saksikan drama Korea, The Strange Housekeeper
Hari: Isnin dan Selasa
Jam: 9.00 malam hingga 10.15 malam
Saluran: ONE HD 393

9 comments

esk episod akhir rasanya...

suka tgk budak kecik tu..pandai dia belakon.. :)

esk episod akhir.. tak sabar nk ngk...

cubalah kalau ada drama Melayu macam nih.. kan best.. hehe .. (:

sound interesting..plus ada actress yg sy sukeee..

tok pun kmk tgk juak. hehe.. remake cerita jepun cerita tok sebenarnya. hehe. tp best, especially hye gyul ya.. kiuttt..

banyak sangat ika ketinggalan drma korea ni...memang tak mampu nak kejar dah....terlalu busy...


EmoticonEmoticon