Love in Paris – Sinetron TV3

Sinopsis Love in Paris
Sinopsis Love in Paris – Musim 1

Yasmin (Michelle Ziudith) berangkat ke Paris atas undangan Pusat Kebudayaan untuk membuat pameran fotografi. Apabila tiba di sana, Yasmin tidak menemui Rafa (Rio Dewanto), sahabatnya semasa zaman kanak-kanak, yang lambat menjemputnya. Kejadian tak diduga menimpa Yasmin, dua orang peragut mencuri kameranya. Nasib menyebelahi Yasmin apabila seorang jejaka berada bernama Reno (Dimas Anggara menolong Yasmin ketika itu.

Dalam keadaan bingung, Yasmin yang berjalan kaki secara tidak sengaja melanggar Aqila (Yunita Siregar) hingga iPad milik Aqila jatuh dan retak. Lantaran Yasmin tidak memiliki wang untuk mengganti Ipad tersebut, Aqila mendesak Yasmin melangsaikan apartmen miliknya. Tanpa diketahui sebenarnya Aqila dan Yasmin adalah saudara kembar dari pasangan Arif (Surya Saputra) dan Farah (Amara).

Segalanya bermula apabila mereka ditukarkan ketika bayi oleh Jihan (Maeeva Amin), sahabat Arif dan Farah. Puncanya Jihan sakit hati kerana tidak dapat memiliki Arif. Jihan bakal menjadi doktor tekad mengambil anak kembar yang dilahirkan Farah. Jihan beralasan anak kembar yang seorang lagi tidak dapat diselamatkan. Aqila kini melanjutkan pengajian di Perancis, dan menjadi sahabat Rafa. Pada masa yang sama, Aqila masih terus mengejar cinta Reno.

Di Jakarta, adik Yasmin iaitu Alya (Marcella Daryanani) melarikan diri dari rumah kerana marah dengan orang tuanya. Alya merasakan ibu bapanya menyayangi Yasmin lebih dari dirinya. Alya tidak mengetahui bahawa perbezaan kasih sayang itu semata-mata kerana Yasmin disahkan menghidap leukimia.

Alya yang melarikan diri bersama Dygta (Haykal Kamil), kekasihnya, mengalami kemalangan sehingga koma. Di hospital tempat Alya dirawat, Arif dan Farah kembali bertemu Jihan.

Di Perancis, Yasmin berjaya melarikan diri dari apartmen Aqila. Melalui tingkap di tingkat 5. Pada masa yang sama, Reno sempat menyambut tubuh Yasmin yang nyaris terjatuh. Setelah Yasmin sedar dari pengsan, Reno mengatakan bahawa dia bersedia menawarkan bantuan kepada Yasmin untuk menemui sahabatnya, Rafa.

Selepas mengubah penampilan Yasmin, Reno membawa Yasmin ke majlis sambutan ulang tahun Aqila, dengan memperkenalkan gadis itu sebagai kekasih Reno. Tidak hanya Aqila, Rafa yang juga datang ke acara itu pun terkejut melihat kehadiran Yasmin bersama Reno. Ketika itu, Reno telah jatuh hati pada Yasmin. Walau bagaimana pun Yasmin membuat keputusan untuk mengelak dari jatuh hati pada Reno, kerana memikirkan penyakit dihidapinya iaitu leukimia.

Keputusan Yasmin itu membuat Reno kecewa. Meskipun begitu, Reno tidak berputus asa mengejar cinta Yasmin. Rafa menyatakan cintanya pada Yasmin. Suatu hari Rafa ditimpa kemalangan, manakala Reno pula diserang penyakit jantung. Rafa dan Reno dirawat di hospital yang sama.

Secara kebetulan, Yasmin menemui penderma jantung Rafa. Yasmin dalam dilema. Antara menyelamatkan Reno, orang yang dicintai, ataupun mengorbankan Rafa, sahabatnya sendiri. Belum sempat berbuat apa-apa, Yasmin harus pulang ke Indonesia karana masa tinggalnya di Perancis sudah berakhir. Yasmin kembali ke Indonesia dengan hati yang luluh tanpa dapat membantu Reno dan Rafa.

Setibanya di Jakarta, Yasmin berusaha menelefon Aqila. Namun tiada sesiapa yang menjawab panggilan tersebut. Hatinya bertambah bingung dan tak keruan apabila teringatkan nasib Rafa dan Reno. Sehinggalah suatu hari, Yasmin bertemu Reno di Jakarta.

Sinopsis Love in Paris – Musim 2

Hidup Yasmin (Michelle Ziudith) tidak lagi sama, begitu jua Paris tak lagi seindah dulu. Yasmin dalam dilema, antara memilih orang yang dicintainya atau sahabatnya sendiri. Jika Yasmin memilih Reno (Dimas Anggara), dia akan kehilangan Rafa (Rio Dewanto).

Begitulah sebaliknya. Akhirnya, Reno hidup dengan jantung baru. Yasmin menunaikan janjinya dengan membawa Reno melihat sunset di Eiffel Tower, Paris.

Sejak pertama kali menjejak kaki di Paris, Yasmin sentiasa dibayangi kehadiran Rafa. Terutamanya apabila setiap kali dia melihat dan memeluk Reno, seolah-olah Rafa hadir di sisinya. Sementara itu Andin dan Aqila (Yunita Siregar) menjauhi Yasmin. Gadis itu semakin terluka ketika mengetahui kebenaran perihal saudara kembarnya, Yasmin.

Pada masa yang sama, ayah Yasmin meminta Yasmin berjanji untuk tidak membuka rahsia tersebut. Luka hati Yasmin terubat apabila berkenalan Paris Karenina (Nadine Alexandra) di Paris. Namun Yasmin tidak mengetahui bahawa Karenina mempunyai kaitan dengan Reno. Apakah kisah selanjutnya? Siapakah sebenarnya Paris Karenina? Saksikan drama sinetron, Love in Paris jam 2.00 p.m sehingga 3.00 p.m di TV3.




Pelakon Love in Paris
Pelakon Utama Love in Paris
Dimas Anggara sebagai Reno
Rio Dewanto sebagai Rafa
Michelle Ziudith sebagai Yasmin
Yunita Siregar sebagai Aqila

Pelakon Pembantu Love in Paris
Surya Saputra sebagai Arif
Amara sebagai Farah
Ira Wibowo sebagai Andien
Mathias Muchus sebagai Rendra
Maeeva Amin sebagai Dokter Jihan
Rocky Jeff sebagai Kevin (season 1)
Haykal Kamil sebagai Dygta
Marcella Daryanani sebagai Aliya
Audi Marissa sebagai Tara
Nadine Alexandra sebagai Paris (season 2)
Fero Walandouw sebagai Fero (season 2)
Reuben Elishama sebagai Diaz (season 2)
Joshua Pandelaki sebagai Dokter Firman (season 1)
Reynold Surbakti sebagai Ray (season 1)
Navy Rizky Tavania sebagai Amanda (season 1)
Nurul Hidayati sebagai dr. Gustin

Gambar drama sinetron Love in Paris
 Love in Paris – Sinetron TV3, sinopsis Love in Paris, gambar Love in Paris, sinetron indonesia Love in Paris

Saksikan drama sinetron Love in Paris
116 episod
Hari: Isnin sehingga Khamis
Jam: 2 petang hingga 3 petang
TV3

3 comments

Cerita kegemaran sya ni yumida.:)

sinopsis ni lain dari cerita.. Aliya bukan mati sbb kemalangan dengan dygta. Tapi dia join pasukan sorak and terjatuh waktu yg berkumpulan *yg kena panjat2*

Huu..tp episod akhir utk season 1 mmg sedeyh..

tak pernah tengok cerita ni tapi nak pi paris dengan insan tersayang suatu hari nanti...hewhew


EmoticonEmoticon