Lagu ‘Macam Cantik Jer Macam Comel Jer’ buat Syasya Solero @ Syasya Legoland

Sebuah video viral dari seorang gadis dengan nama glamournya Syasya Solero atau Syasya Legoland memberi ilham buat saudara Amar mencipta satu lagu baru. Siapa sangka tajuk lagu tersebut secomel diri Syasya Solero atau Syasya Legoland sendiri. Lagu terbaru dari dari Amar berjudul Macam Cantik Jer Macam Comel Jer. Apa yang membuatkan Yumida menyukai lagu baru tersebut ialah liriknya yang penuh bermesej.

Lagu Macam Cantik Jer Macam Comel Jer menyampaikan mesej kerohanian antaranya bersyukur apa yang Allah kurniakan buat diri kita. Segala kecantikan kita harus diberi pujian pada sang pencipta kita. Zikrullah…subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar! Jangan mudah terleka dengan kecantikan diri kita, sebaliknya perelokkan akhlak kita. Syukur atas nikmatNya.

Oleh kerana lagu Macam Cantik Jer Macam Comel Jer mendapat sambutan hangat! Amar menyatakan lagu ini menyuntik motivasi dirinya untuk merakamkan lagu ini secara penuh.

Alhamdulillah!! Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya lah saya dapat menyiapkan secara full recording lagu parodi Islamik “MACAM CANTIK JER MACAM COMEL JER”(Ilham video Awek Legoland). Ini disebabkan slps sy upload video lagu ini versi nyanyian sy bersama piano solo minggu lps, byk stesen radio yg meminta sy merakamkannya secara penuh utk dimainkan di radio mereka. Motivasi sy utk siapkan lagu ini secara full recording juga adalah disebabkan sokongan LUAR BIASA anda semua! Ramai yg x henti2 inbox sy dan suruh sy rakamankn lagu ini. Semoga Allah S.W.T. membalas jasa anda semua. Apa yg penting, jom kita ambil manfaat drpd lagu ini dan marilah sama2 kita bersyukur dengan nikmat-Nya yang tak terhitung banyaknya. - Amar

Sumber: OhArtis

‘Macam Cantik Jer Macam Comel Jer’ buat Syasya Selero @ Syasya Legoland, Syasya Selero, Syasya legoland, lagu nasyid amar

Tahniah diucapkan buat saudara Amar yang bijak mengunakan peluang. Di samping video viral Syasya Solero atau Syasya Legoland yang diperkatakan hot masa kini, lagu barunya Macam Cantik Jer Macam Comel Jer mendapat perhatian stesen radio dan disukai oleh pendengar. Apa yang menariknya, lirik lagu ni indah sekali. Korang dah dengar lagu ni???

10 comments

lama2 dengar best gak lagu ni.. :)

dh dgr hari tu lagu ni...ok gak..

ika pun dah dengar lagu ni di youtube...best juga dengar..tapi tak suka parodi macam cantik macam comel tu..tak berkenan tengok..

dah dengar lagu ni haritu,hehe :) okey jugak..

akak pun ada update lirik lagunyer kat blog resipi akak..hehehe..

owh...ini rupanya penyanyi lagu version nie..pernah dengah sekali tapi tatau plak sapa nyanyi..hehehe

p/s: klik nuffy sini...

Regards,
-Strider-

Assalamualaikum Yumida

best.....ada mesej


EmoticonEmoticon