Kes skandal Adi Putra digugurkan

Dugaan demi dugaan menimpa pelakon terkenal, Adi Putra. Masihkah korang ingat kes skandal yang dikaitkan dengannya? Belum pun berakhir kes skandal Adi Putra, timbul lagi gosip mengatakan kononnya Adi Putra telah menggunakan pengaruh orang kenamaan bagi menutup kes tersebut. Dugaan berat…kesian pun ada. Apakan daya itulah rencah bila menjadi seorang selebriti. Melihat situasi ni, Yumida kagum pada ketabahan isteri Adi Putra, Aida. Tenang…sentiasa menyokong suaminya.

Kes skandal Adi Putra digugurkan, adi putra, aida, keputusan kes skandal adi putra, adi putra tidak bersalah 
Adi Putra (dua dari kanan) bersama isterinya, Aida dan para peguam.

Hari ini, diputuskan..pelakon Adi Putra bebas daripada sebarang dakwaan berhubung kes skandal dengan wanita berstatus isteri orang pada September lalu. Peguam Adi Putra memaklumkan keputusan siasatan rasmi polis sejak 4 bulan lalu telah diklasifikasikan sebagai 'no further action' (NFA) atau tiada tindakan lanjut sekali gus membuktikan Adi Putra tidak bersalah.

Ingin tahu kes skandal yang dikaitkan dengan Adi Putra?
Pada September lalu, Adi Putra didakwa menjalinkan skandal dengan isteri orang dan aktor itu disiasat polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan. Dikatakan mereka saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan. Adi Putra dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu suami wanita itu.

Sumber: Mstar

Now, Alhamdulillah. Segalanya telah berakhir. Moga kehidupan Adi Putra bersama isteri tercinta (Aida) tenang, damai, bahagia selamanya.

8 comments

bila jadi figura umum ni terdedah kepada macam2 jenis risiko kan yumida??? hopefully lepas ni tak adalah lagi isteri orang yang mengaku ada hubungan dengan adi putra ni... hu hu hu...

kesian pun ada tapi inilah dugaan utk dia

semoga tabah, mungkin ini risikonya bila bergelar artis atau selebriti...

Alhamdulillah dah selesai isu pasal ni, :)

belum selesai lagi...pihak yag lagi satu nak bangkitkan kembali kes ini....

Dugaan kehidupan sebagai artis.. semoga beliau & isteri ttp tabah..

pasti ada hikmah semua ni kan...

sik paham kmk cerita nya tok.. lagipun sik ngekot gilak cerita.. malas mok ambik tauk. hehe


EmoticonEmoticon