Sinopsis Dunia Generasi Baru‬ TV9

Sinopsis Drama Dunia Generasi Baru Slot Aurora TV9
Dunia Generasi Baru mengisahkan kehidupan sekumpulan remaja yang meningkat dewasa belajar di universiti yang sama iaitu di International University of Malaya-Wales (IUMW). Masing-masing mempunyai kerenah tersendiri. Pada awalnya Aman (Erwin Dawson) enggan mendaftar di universiti tersebut, namun dek paksaan ibunya Aman terpaksa menurut perintah. Perkara yang dibimbangi Aman, dia takut rahsianya bakal pecah!

Sinopsis drama Dunia Generasi Baru‬ slot Aurora TV9, review drama Dunia Generasi Baru, pelakon dan gambar Dunia Generasi Baru, OST lagu tema Dunia Generasi Baru, Dunia Generasi Baru episod akhir

Aman mempunyai masalah berbulu di belakang badannya. Dek kerana itu, dia cuba menyimpan rahsia itu serapi mungkin. Malah Aman perlu mengambil ubat mengikut masa, kerana itu juga ibunya menghantar Aman di universiti yang berdekatan dengan rumah mereka.

Norelle (Kaka Azraff) gadis lincah yang selamba. Norelle berasal dari keluarga yang kurang berada. Ketika pendaftaran universiti, Norelle hanya menaiki teksi. Bimbang melihat bayaran teksi yang makin meningkat, Norelle mengambil keputusan untuk berhenti di tepi jalan dan meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki.

Norelle terserempak dengan Aman ketika ibu Aman menghantarnya memasuki dewan pendaftaran. Norelle terdengar perbualan Aman dan ibunya. Aman panik bila rahsia yang dijaganya sampai ke telinga Norelle. Aman sanggup membayar Norelle demi menutup rahsia tersebut. Bermulanya perkenalan Norelle dan Aman. Norelle yang sering kesempitan wang gembira bila Aman ingin membayarnya.

Siska (Natasha Ellyza) juga belajar di universiti yang sama. Siska mempunyai seorang abang bernama Boy (Hafiz Halim) manakala amat menyayangi ayahnya iaitu Rio (Azhar Sulaiman). Rio sebelum ini pernah berkahwin, namun rumahtangganya tidak berkekalan. Rio kerap kali bercerai. Siska secara senyap-senyap mengemas barang untuk pendaftaran universiti tanpa mahu ayahnya mengetahui. Namun, rancangan Siska terbantut bila ayahnya terbangun awal dan turut serta menghantar Siska ke universiti.

Zahra (Zahirah Macwilson) dijaga baiki oleh ibunya. Ibunya membebel di dalam kereta untuk mengingatkan Zahra agar cemerlang dalam pelajaran tanpa terpengaruh dengan hubungan cinta.

Makluman: Sila berikan backlink ke entry ini jika anda menyalin sinopsis Dunia Generasi Baru TV9 ini ke blog anda. Info: Blogger copy paste tanpa bagi link kredit (sumber asal). Harap maklum.

Zuhal (Ben Amir) juga pelajar yang menuntut di universiti yang sama. Zuhal anak kepada Zahari (Haeriyanto). Rik (Fadlan Hazim Anuwar) jejaka terhensem di universiti itu sering sahaja menggunakan kekacakkannya untuk mengorat wanita. Pertama kali menjejak kaki ke universiti, Rik telah jatuh hati pada Marina (Miera Idora). Rik duduk sebilik bersama Zuhal dan Aman. Manakala Norelle pula duduk sebilik bersama Zahra.

Saksikan kisah persahabatan menerusi drama Dunia Generasi Baru kat TV9. Kisah pertembungan Norelle dan Aman yang kadang kalanya mencuit hati. Masing-masing suka mengusik. Berjayakah Aman menyimpan rahsia sulitnya? Adakah hubungan cinta antara Rik dan Marina akan terjalin? Bagaimana Norelle mencari wang untuk perbelanjaannya di universiti? Jangan lupa, saksikan drama Dunia Generasi Baru ni setiap hari Khamis di TV9.

Pelakon Dunia Generasi Baru TV9
Rik - Fadlan Hazim Anuwar
Zahra - Zahirah Macwilson
Zuhal - Ben Amir
Norelle - Kaka Azraff
Aman – Erwin Dawson
Siska - Natasha Ellyza
Lani - Anumahsuri
Marina - Miera Idora

Gambar Dunia Generasi Baru TV9 
Sinopsis drama Dunia Generasi Baru‬ slot Aurora TV9, review drama Dunia Generasi Baru, pelakon dan gambar Dunia Generasi Baru, OST lagu tema Dunia Generasi Baru, Dunia Generasi Baru episod akhir

Drama Dunia Generasi Baru merupakan drama terbaru di TV9. Mengisahkan persahabatan pelajar yang belajar di universiti yang sama. Kalau nak tahu, penyanyi terkenal Malaysia pun ada berlakon dalam drama ni tau. Kaka Azraff membawa watak Norelle, pelajar miskin yang berusaha majukan diri untuk mengenggam sijil. Erwin Dawson juga ada, membawa watak kelakar sebagai Aman. Hati-hati, badannya penuh berbulu. Hihi..

Pastinya drama Dunia Generasi Baru akan dapat sambutan hangat pasal pelakon drama TV9 ni hensem-hensem belaka. Mesti penonton teruja nak tengok Fadlan Hazim. Jejaka kacak Malaya. Apakah penghujung drama ni nanti, sama-sama kita tengok kat kaca tv sampai episod akhir Dunia Generasi Baru. Stay tune :)

 Saksikan drama Dunia Generasi Baru
Slot Aurora
Hari: Khamis
Jam: 8.30 malam
Saluran: TV9

2 comments

Mcm best jk cita tok. Syg start masa berita. Hehe. Xpat kaco bapak ngga berita. Hehe

kat tv9 kebanyakan drama nang start jam 8.30 malam
hihi xpa boleh tonton online drama dunia generasi baru


EmoticonEmoticon