Download Aplikasi Ez-ADU Buat Aduan GST

Aplikasi Ez-ADU memudahkan pengguna membuat aduan mengenai isu kepenggunaan umpamanya salah laku peniaga dalam GST. Yang bestnya pasal aplikasi Ez-ADU ni kita boleh buat aduan terus hanya melalui telefon pintar. Bila kita buat aduan pasal peniaga yang ambil kesempatan perihal GST ni, peniaga tersebut akan diambil tindakan!

Buat aduan salah laku GST, download aplikasi Ez-ADU buat aduan GST, cara buat aduan peniaga ambil kesempatan GST, cara daftar sebagai pengadu GST, ciri-ciri aplikasi Ez-ADU, muat turun aplikasi Ez-ADU di Google Play Store, gambar aplikasi Ez-ADU di telefon pintar
Download APLIKASI EZ-ADU (klik) di Play Store untuk kemukakan aduan anda dengan segera!

Dengan aduan yang dibuat oleh pengguna menerusi aplikasi Ez-ADU ni, ianya membantu KPDNKK memantau pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) oleh peniaga.

Cara buat aduan menggunakan aplikasi Ez-ADU
Ada 4 langkah untuk membuat aduan GST.
1. Masukkan butiran aduan
2. Buat laporan aduan
3. Buat geo tagging
4. Sertakan gambar salah laku peniaga sebagai bukti

Menerusi aplikasi Ez-ADU ni, pengguna boleh menyemak status aduan yang telah dibuat dan melihat tindakan yang diambil oleh pihak KPDNKK terhadap aduan tersebut.

Ciri-ciri aplikasi Ez-ADU
- Aplikasi Ez-ADU bertujuan sebagai medium pengguna membuat aduan terhadap peniaga berkaitan isu kepenggunaan dan salah laku GST.  Boleh buat aduan bergambar di mana pengguna boleh mengambil gambar dan memuat naik imej sebagai bukti kesalahan serta perkhidmatan 'geotag' bagi mengenal pasti lokasi kesalahan yang diadu.
- applikasi yang sesuai untuk telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android 3.0 ke atas.
- untuk penggunaan Android sahaja.
- dilengkapi dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris.
- disambung terus ke media rasmi dan sistem e-aduan KPDNKK.
- aplikasi Ez-ADU mesra pengguna. Mudah digunakan.
- disertakan panduan pengguna secara visual.
- boleh buat semakan aduan.
- dapat lihat sejarah aduan.
- ada pilihan tetapan masuk secara automatik.

Cara daftar sebagai pengadu menerusi aplikasi Ez-ADU
Daftar sebagai pengadu GST dan hal kepenggunaan dengan menggunakan nama, emel, nombor telefon, kata laluan, pengesahan kata laluan dan nombor kad pengenalan. Yeah, itu je. Kalau korang berdepan dengan peniaga tak beretika, yang suka ambil kesempatan pasal GST ni, haa buat je aduan terus.

Lagi kisah pasal GST:
Eh eh, tak semua kedai ada GST. Contoh yang ni: Beli Barang Kat Kedai Tiada GST. Seronok weh berjimat duit kat kedai sebegini.

Kedai Pamer Harga Barang Sebelum & Selepas GST – ianya tersangatlah memudahkan pelanggan. Tak perlu pelanggan nak keluarkan telefon masing-masing untuk kira cukai 6 peratus.

Nak pos barang / bungkusan? Pos Laju dah naik harga. Terjah: Senarai Harga Baru Pos Laju Selepas GST

Nak check peniaga tu daftar GST ke tak, rujuk entry ni: Cara Semak Status ID Peniaga Kedai Daftar GST. Jangan tertipu dengan peniaga yang kaut kuntungan, tapi tak daftar GST. 

1 comments so far


EmoticonEmoticon