Hasilkan Blog Kedua Dengan Usaha Sendiri

Jeng jeng jeng.. Aku nak perkenalkan kat pembaca blog aku yang kedua. Agak berlainan sedikit blog aku yang ke 2 ni berbanding blog yang ni. Pasal kesemua edit blog, daftar di Google Webmaster, Google Analytic termasuk buat sitemap dilakukan oleh aku sendiri. Horrey!

Mula-mula agak terkial-kial jugak nak buat. Terutamanya yang Google Webmaster tu. Sebelum ni, blog ni di daftar oleh orang lain. So, kurang pengetahuan aku kat situ. Berpandukan tutorial yang dikongsi blogger Indonesia, alhamdulillah, berjaya jugak aku buat sendiri. Berpeluh-peluh wooo. Aku ni tak handal sangat pasal kod HTML ni semua.

Sitemap tu jugak. Pernah aku cuba sebelum ni, tak menjadi. Bila buat blog baru tu, eh macam tu je. Mudah! Mudah! Kebanyakan info pasal edit blog, daftar blog, tutorial blog, pasal tips SEO ni blogger Indonesia ni hebat-hebat belaka. Asal kita faham je apa yang diorang cakap. Aku taip keyword dalam bahasa Melayu, tapi banyak blog Indonesia muncul kat halaman utama Google. Hebat diorang ber-SEO. Kena sedut ilmu nih.

Blog baru aku ni dinamakan TIPS IBU HAMIL. Specialnya dia ada blog khas sebab aku nak buat penulisan lebih spesifik mengenai info mengandung, tips parenting, berita bayi, kanak-kanak dan info yang berkaitan. Sambil tu, aku nak belajar terapkan ilmu SEO dalam blog baru ni. Kalau menjadi alhamdulillah, kalau tak menjadi, cuba fahami lagi.

Hasilkan blog baru, blog ke 2 dengan usaha sendiri, buat blog baru dengan teknik SEO, daftar blog baru ke Google Webmaster, Google Analytic, buat sitemap blog, blog info hamil dan mengandung, blog parenting, blog keibubapaan

Ehem-ehem, ni url blog baru:  http://umiwish.blogspot.com/

So far ada 4 rakan blogger yang jadi geng blog tu. Antaranya blogger Kiera Rashid, Siti Rohaida, Mia Liana dan Mar Mansor. TQ so much sudi menjejak kaki kat blog tu. Buat pembaca semua, kalau sudi jemputlah singgah. Hihi..

15 comments

oo..bole lawat ni nanti.. tahniah atas penghasilan blog kedua... :)

rajinnya... boleh lah kita singgah dan follow juga...

ok sekarang juga dayah terjah..hehe

Assalammualaikum... yumida,

tahniah atas terhasil nya blog ke 2 yang lebih berniche parenting...

mselim3

lini pun ada blog baru

http://tamanazumylinniey.blogspot.com/

wah..blog2 macam ni memang banyak orang search untuk rujukan..lepas ni boleh la upah2 penulis jemputan..heheheeh...

Dah singgah & follow.. tengok citer hantu sekali.. :D

kmk follow.. ng gigih ktk.. kmk cgek blog tok jak x tkabey jaga.. hehe

44 pemenang dicari!!!

Antara hadiah2 yang bakal dimenangi:
- Kain Batik Sarawak - 1 pemenang
- Minyak Angin Aromaterapi Fresh Care / Safe Care / Javaspa - 1 pemenang
- Pin Shawl - 2 pemenang
- Blause - 1 pemenang
- Skirt Labuh Lcyra - 1 pemenang
- Cash RM30 - 1 pemenang
- Cash RM10 - 2 pemenang
- Topup RM10 - 3 pemenang
- PVC Keychain - 30 pemenang

Jemput join segmen bagi yang belum join. "SEGMEN : Ucapan Hari Lahir Buat 'Si Lala' Pada 13 Mei" Tq..

ok! PG follow sekarang juga :)

oh boleh ushar2 nanti..
jemput dtg blog sy juga ye kwn2


EmoticonEmoticon