Kedai Pamer Harga Barang Sebelum & Selepas GST

Aku sangat suka masuk kedai, yang pamer 2 harga iaitu harga sebelum GST (harga asal) dengan harga selepas perlaksanaan cukai GST. Mudah bagi aku nak buat perbandingan. Ye la, takut ada peniaga kedai yang ambil kesempatan. Letak 1 harga je, entah-entah harga barang tu melebihi dari tambahan caj GST. Lagipun, harga barang setiap kedai tak sama, ada yang mahal, ada yang berpatutan.

Salah satu kedai popular kat Mukah yang menjadi sasaran pelanggan membeli-belah ialah Glory Mukah Sdn. Bhd. Aku dah semak status kedai ni, terbukti ia telah berdaftar dengan kastam untuk sistem GST. Antara barangan yang aku beli di kedai tersebut ialah:
  
Kedai pamer harga barang sebelum dan selepas caj cukai GST 6 peratus, sebab peniaga perlu pamer harga barangan GST, beli susu ibu mengandung, susu hamil Dumex mama, susu kena caj GST, cara semak peniaga kedai daftar GST, kenaikan harga barangan sebab GST, kedai serap tanpa GST, gambar barangan GST
Cumi jelly
Harga sebelum GST: RM1.00
Harga selepas GST: RM1.06

 Kedai pamer harga barang sebelum dan selepas caj cukai GST 6 peratus, sebab peniaga perlu pamer harga barangan GST, beli susu ibu mengandung, susu hamil Dumex mama, susu kena caj GST, cara semak peniaga kedai daftar GST, kenaikan harga barangan sebab GST, kedai serap tanpa GST, gambar barangan GST
Susu Dumex Dumil Mama perisa oren
Harga sebelum GST: RM18.80
Harga selepas GST: RM19.93

Kan memudahkan pelanggan. Tak perlu pelanggan nak keluarkan telefon masing-masing untuk kira cukai 6 peratus tu. Aku sangat puji usaha rajin tauke kedai ni. Hampir kesemua barangannya dinyatakan harga sebelum dan selepas caj GST.

Lagipun ia memberi kelebihan pada orang tua-tua. Supaya mereka tahu harga kenaikan barangan selepas pengiraan GST. Kesian kat mereka, kang tak pasal-pasal kelam kabut tak cukup duit untuk bayar barang yang kena cukai GST. Sebab ada kes orang tu tak jadi beli, gara-gara duit yang dibawanya cukup-cukup untuk perbelanjaan harga barang tersebut (harga lama) dengan wang tambangnya untuk balik.

Jadi, bila peniaga kedai tu membuat 2 harga, mungkin agak membantu mereka yang berusia untuk membuat pengiraan belanjawan. Siap awal-awal untuk bawa duit lebihan.

Eh eh, tak semua kedai ada GST. Contoh yang ni: Beli Barang Kat Kedai Tiada GST. Seronok weh berjimat duit kat kedai sebegini.

Nak check peniaga tu daftar GST ke tak, rujuk entry ni: Cara Semak Status ID Peniaga Kedai Daftar GST. Jangan tertipu dengan peniaga yang kaut kuntungan, tapi tak daftar GST. 

6 comments

Erm,sekarang ni GST je la yang disebut orang.yang ambil kesempatan dalam kesempitan tu,sentiasa ada lah.kalau kita yang tahu pasal GST ni,beruntung la.kalau makcik pakcik yang kat kampung tu,macam manalah agaknya ye.

Betul. Certain pasaraya besar pun ada buat tag harga macam ni. Mudah nak tengok, dan kita sebagai pengguna tak ada lah rasa tertipu

Betul tu.. ada kedai yg bila dah beli, congak2 kena tambah lagi sbb gst. Mujur ada duit lebih, klu ngam2 je, kenalah pulang salah satu barang hhmmm...

kena bawa kalkulator sendiri kot... hehehehehe...
sen-sen tu yang susah nak congak... :p

*singgah sini klik2 nuff...lalalalala...*

semakin bejimat lps gst tok.. makan maggie jak hari2.. hehe


EmoticonEmoticon